Dinner alumni SESMA


Tahun ni, aku sempat join dinner alumni sekolah aku dulu, Sek Menengah Sains Sultan Mahmud. - SESMA. tapi masa aku F1-F5, nama sekolah adalah Sekolah Sultan Mahmud. Sebelum tuh, sekolah ni dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Terengganu. Masa aku matriks (pon kat sekolah yang sama ..hmmm) ditukar lagi ke nama sekarang.

event nih buat pada 1 june harituh, hmmm baru nak update kan :). Sebelum ni ada jugak buat dinner alumni nih, tapi aku tak pernah join. Tahun nih, awal2 lagi dah ada kawan2 yang beli meja. sesekali buat amal untuk sekolah, apa salahnya kan. 



Batch aku yang datang takde lah ramai, satu meja plus 2 3 orang lagik jer. dan antara kitorang memang dah biasa jumpa. takde lah yang tak pernah jumpa dari lepas sekolah. tetapi yang seronoknya adalah berjumpa kembali di sekolah. rasa terharu sangat. sebab bukan sahaja satu batch, atau batch senior setahun dua atau junior setahun dua yang ada jugak lah sesekali berjumpa. malah, batch terawal, iaitu batch 1976 pon ada. ramai antara mereka yang dah jadi orang berjaya dan terkenal. kadang2 dalam kehidupan seharian nih, ada juga berurusan dengan super-super senior, cuma kita tak tahu. aku sendiri pon dulu selalu berurusan dengan sorang vendor nih. rupanya, my super senior. :) . Halim Othman, radio announcer tuh pon my super senior jugak. malam tuh dia siap pakai baju sekolah lagik. :)

dah banyak perubahan infra kat sekolah sekarang. satu aktiviti wajib kalau berjumpa adalah mengimbas kembali kenangan suka duka zaman sekolah dulu. dan bila dah berjumpa di sekolah lagi lah banyak kenangan yang terimbas. hehehe. 

agaknya, kalau dinner malam tuh dibuat di dewan makan. makan dalam tray, style hi-table, hmm mesti lagik nostalgik kan. apapun, kenangan zaman persekolahan memang best kan. :)

Comments

Anonymous said…
Rindu pulok kat skoloh..saye batch 85 89..hi table..hahaha. .
Anonymous said…
Man peleh..mat ya..nikman.goneng..martin bates..tan jin kiat..hamid..
adenium said…
anonymous - saya batch 89-93 . dang aaa sekoloh skali nih... :)
ada ke malam dinner tuh?
Anonymous said…
Teguh berdiri jaya sekolah sultan mahmud
Anonymous said…
Kenangan di sesma x mungkin dilupakan.sy sama bacth ngan adenium@sid.nasir@rojak1989-1992

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London