catatan perjalanan: DELHI- AGRA-KASHMIR

Hallu. okeh meh nak stori mori kesah aku gi INDIA baru nih. seminggu jer kat sana. kalau tanya aku kenapa INDIA. sebab aku nak tengok TAJ MAHAL dan nak experience SALJI *hahah, jakun bunyinyakan.* tapi ramai lah gak yang macam, "eee kenapa india?" well, pergi dan alami sendiri lah. hahah.




seriously, aku kenal sorang jer dari 14 orang dalam group nih. bila dengan 14 orang tuh cuak gak. kumpulan besar tuh. dah lah tak kenal. bayangkan kalau dengan kawan2 yang kita dah kenal pon 5 6 orang tuh dah kira besar dan banyak karenahnya. tapi, berjalan dengan orang2 yang memang selalu berjalan nih lain pengalaman nya. memang best lah group nih. happening! paling best, dapat tambah kawan.




hari pertama. (13 Februari 2012)




flight kitorang jam 9.50 waktu Malaysia. so memang awal lah kene ada kat sana kan. *owh ya, patutnya aku mendaftar masuk Uni hari nih. hish apa punya student nih ;P* Penerbangan mengambil masa 5 jam 20 minit. flight baru, so takde hal lah kan. cuma ada hal dengan makcik india yang dok sebelah aku. mungkin dia dari india kot. sket2 asyik nak keluar. orait lah kan, tapi kalau tak pandai cakap english pon, body language will do apa. nih, haihss, malas nak citer. last skali ngan laki dia pon dok pindah kat seat tengah yang kosong tuh. seb baik ada tempat kosong kat sebelah group kitorang tuh. pindah jer lah kan.




WELCOME TO INDIA...




sampai jer Indira Ghandi International Airport, New Delhi cuaca agak sejuk jugak. masa tuh around 15 darjah celcius. *kat dlm airport tuh tuh bleh plak tertanya, nih sejuk aircond ke haper nih*. sebelum meneruskan perjalanan jom singgah toilet ramai2. kat airport mestilah serba serbinya bersih. dah nama olak international airport. bukan apa, kita kan kat negara orang, dah tuh memang dah banyak kali ddengar kat sini toilet susah etc kan. so sila lah berurusan awal2.



bial dok kat luar airport tengah tunggu tourist guide tuh, baru lah merasa, memang sejuk. walaupon matahari ada jer kan. dah selesai semua kitorang pergi lah makan kat satu tempat nih. sorry lah lupa plak nama nya. hehe. biasalah kalau nak makan kene gi tempat2 yang kelasss gitu kan. kata nak bersih kan.

lepas makan kitorang teruskan perjalanan ker AGRA. walaupon keadaan cuaca yang sejuk, tapi agak berdebu jugak. DELHI ke AGRA adalah dalam 200KM sahaja. sahaja lah katanya kan. tapi almost 5 6 jam baru sampai. hazab! sepanjang perjalanan tuh memang memanjang lah dapat tengok kehidupan orang2 di India nih. memang sangat daif kehidupan mereka. ada yang memang tido merata tepi jalan. ada yang hanya berlindung di dalam kotak-kotak yang di buat tempat berlindung etc lah kan. dan sepanjang jalan tuh, memang ada jer orang dan aktivitinya. *kalau dr KL ke ipoh pun ada jugak kawasan yang tidak didiami kan* tuh maknya padat lah sangat penduduk sana.

satu jugak yang aku dapat tengok sepanjang jalan adalah tempat2 menuntut ilmu nih. banyak kolej/institusi akademik kat sini. tapi tidak lah gah macam kat tempat kita. sebut sahaja apa yang kita ada, kat sini pon ada. kejuruteraan, sains dan teknologi, management, medical etc. kebanyakkan nya macam dikhususkan.

owh ya, orang2 kat sini tak appreciate toilet lah. merata tepi jalan bleh buat aktiviti. mungkin sebab aku pergi musim sejuk, so takde lah yang terlalu keji. haha.



nih dorang jual roti -nan, chapati- then dorang bleh makan tepi jalan gitu jer lah










setelah tido bangun tido bangun dalam coaster yang tak sampai-sampai tuh. akhirnya kitorang sampai jugak ke AGRA. di AGRA, kitorang menginap di hotel PUSHP VILLA. ok lah hotel dia. teringat aku masa mula2 pergi tawau dulu. masa tuh kat sana tak banyak hotel. hotel nih jauh lah lebih baik dari hotel monaco masa tuh. hehe.


lepas check in semua bagai. kitorang makan malam. huh dah kol 12 kot waktu Malaysia time tuh. tempat yang kitorang pergi adalah GMT +5.5 so waktu tempatan disana adalah 2jam setengah lambat dari Malaysia.


makanan yang dihidangkan adalah sangat banyak. tapi mostly curry based lah kan. dalca. vege. tapi nasi dorang memang terbaik. beras basmathi tau. dan roti nan dorang memang sedap. takde lah tebal sgt macam yang kita makan kat sini.


disebab kan badan dah penat. lepas tuh kira terus lena jer lah. esok dah nak berjalan lagik.




Hari kedua (14 Februari 2012)


seawal pagi dan gi sarapan. cuaca sangat lah sejuk. pilihan sarapan pon banyak. tapi again macam kita sarapan kat kedai mamak lah kan. owh ya, makanan northen india nih takde lah sebijik sama ngan kedai mamak kat tempat kita. tapi aku tetap jugak makan roti ngan butter ngan jam untuk menampung keperluan kalori. haha. bukan apa, walaupon aku nih kononnya champion lah makan kari, kedai mamak segala. tapi tetap takleh nak terima banyak. nih baru masuk hari kedua kan.




lepas breakfast kitoarng bergerak nak tengok TAJ MAHAL. dekat jer pon dari tempat kediaman kitorang dalam less than 10 minutes. sampai situ, agen tuh dok kutip duit untuk entrance fee *750 rupee, almost rm50* lepas tu kitorang naik coaster lain untuk gi ke situ. agen ni siang2 dah pesan jangan shopping kat luar taj mahal tuh. konon lah kan. hampehhnya!





tempat tuh memang dijaga dengan baik. kat luar kawasan tuh pon takde lah kotor macam kat delhi. ada cerita yang aku baca, dorang kata keadaan kat situ kotor dan hancing bagai tuh adalah tidak benar untuk trip aku nih. mungkin jugak sebab kitorang pergi musim sejuk kot. kalau kat dalam kawasan taj mahal lagi lah bersih.nak masuk building taj mahal pon kitorang kene pakai alas kasut tau. masa memula sampai tuh sangat berkabus. so taj mahal nampak samar jer. akhirnya, dapat jugak aku melihat binaan hebat TAJ MAHAL tuh tersegam depan mata.


sebelom masuk agen tuh dok cerita lah kesah2 sejarah semua nih. kesah nya,
Taj Mahal was built in 22 years (1631-1653) with the orders of Shah Jahan and it was dedicated to Mumtaz Mahal (Arjumand Bano Begum), the wife of Shah. 20.000 workers labored and 32 crore rupees were spent during the construction of the monument and it was built according to Islamic architecture. It is one of the Unesco world heritage site.

Taj Mahal means the’ Place of the Crown’ because; Taj means “Crown” and Mahal means “place”. There are several myths about Taj Mahal.

According to one of the myths, the construction is sinking and it is known that in spite of all the precautions, cracks were discovered in it just 4 years after its completion and that it was tilting towards the riverside.

According to another myth a number of items such as diamonds, a gold leaf which covered the part of the dome, a pearl blanket etc that were originally a part of the Taj were stolen.

It is also told that Shah Jahan got the hands of his sculptors and architects cut off so that they would never be able to build a monument as magnificent and beautiful as the Taj again and he even got their eyes pulled out so that they would never be able to witness anything bigger and more beautiful than the monument that they had built during their lifetime.(www.tajmahal.com)


kesahnya jugak, shah jahan nak buat satu lagik tanda peringatan begitu untuk dirinya, kat sebelah sungai *jap nama sungai tuh lupa lak dah* di belakang taj mahal tuh. tapi nak gunakan balck marble plak. tapi hajatnya tak kesampaian, sebab anaknya dah kurung bapaknya si shah jahan tuh. korang tau lah kan, banyak mana tenaga yang digunakan untuk semua tuh. Uniknya taj mahal nih, semua nya bersimetri. sampai kan bila dibina masjid disebelah kanan taj mahal tuh untuk pekerja-pekerja solat, dibuat bangunan yang sama di sebelah kiri dan dijadikan kediaman tetamu pada masa itu. cumanya, tanda kubur sahaja yang tidak simetri, sebab selepas anak shah jahan tuh meninggal, kuburnya diletakkan bersebelahan kubur ibunya. satu lagik kan, bayangan taj mahal yang dapat kita tengok dalam air kat depan taj mahal tuh pon sangat cantikkkk! kat situ pon kita bleh nampak simetrinya. menakjubkan.


kitorang nih bukan main habiskan masa dengan bergambar sana sini.

TAJ MAHAL

selepas ke taj mahal, kitorang nak menyinggah lah membeli souvenir ke hapa ke kat luar tuh, tapi agen tuh ken main dah marah, cakap tak cukup masa lah kang akan lambat lah blah blah. dia cakap nnt akan ada tempat unt shopping. so kitorang macam ok lah kan. rupanya nan hado dah. disitu ada kekesalan ye. lepas tuh kitorang di bawak tengok tempat orang buat marble, carpet dan seangaktan dengan nya. so sila lah shopping kat situ. takkan lah aku gi india nak beli marble ngan carpet yang ratus ribu harganya kan.

lepas lunch bila kitorang suh bawak gi tempat2 yang jual souvenir, kitorang di bawak ke tempat pelancongan dorang. haishhh. harga mahal satu hal lah. dah lah tu tak banyak pilihan. so nak redha atau pasrah nih. ntah lah kan.


selepas tuh, kitorang terus kan perjalanan ke Delhi semula. hmm, selamat lah kitorang tido bangun-tido bangun almost 6 jam tuh kan. dlam perjalanan nih, nak minum air pon takut. kang nak gi toilet macamana kan.


sampai di Delhi, kitorang stay kat hotel Blueberry. hotel baru. so memang best lah. lepas check bagai, baru kitorang dinner. again ada chicken curry.nasi.roti nan. chapati. paneer.dan macam2 lagik lah. huh telan jer lah mana yang boleh kan. heheh. tapi nasib baik ada kawan2 yang bawak bekalan pembuka selera yang dapat membantu mempercepatkan proses makan :P.


malam tuh sempat lagik buat tayangan gambar2 yang dah diambil selama kat sini. lepak ramai2 imbas balik gambar2 tuh. seronok. tv flat screen ye.


esok kami nak ke KASHMIR pulak. flight kot 12 lebih. so jangan tido lambat. kang susah nak bangun :P

gambar budak skolah yang lalu depan hotel kitorang menginap.

daifnya tengok keadaan adik beradik nih. :(


orait tuh jer dulu kesahnya. nanti kita sambung lagik ye.









Comments

attyfir said…
betuah sid, dpt gi india..dpt tgk taj mahal.
RaYzeef said…
alamak bersambung pulak...cepat sid sambungan.....
adenium said…
Atty's - alhamdulillah kakty... :)

Rayzeef- sabar bro..hehe
adenium said…
Atty's - alhamdulillah kakty... :)

Rayzeef- sabar bro..hehe

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London