Catatan perjalanan : Pengalaman di India

Haritu aku gi india seminggu. Lambat sgt nak pilih gambar unt buat entri. So mai lah aku share pengalaman dulu. Masa kawan ajak gi india nih.aku tak pikir pjg pon terus jer book tiket. Dlm kepala nk tgk TAJ MAHAL salah satu dr 7 wonders kat dunia nih kan, serta nak pengalaman main salji *ai kan org kampong mana penah main salji nih hehe*

Kumpulan kitorang agak besar.14 orang! Bayangkan aku hanya kenal sorang jer. Kalau pergi dengan kawan2 yang kita kenal dlm 5 6 orang pon kdg2 haru biru kan. Ini kan pulak yang tak kenal dan sgt ramai. Owh tidak rupanya. Group nih mmg best. tu yg best kalau g dgn org2 yang selalu berjalan nih. Again...korang memang the best n happening.

Keadaan di India adalah sgt daif. Jauh lah nak bandingkan kedaifan di indonesia. *kotor jugak* kalau tgk org kencing tepi jalan tuh adalah perkara biasa. Hmm nasib baik aku tak berpengalaman melihat keadaan yang lebih keji kan :p. Tetapi pemandangan di kashmir adalah sgt berbeza.

Bila cakap pasal cuaca. Memang sekarang tgh musim sejuk. Tapi agak berdebu. Cuaca sejuk di delhi dan agra boleh tolerate lagi lah. Sebab dlm 15-20 darjah celsius jer. Tapi sampai di kashmir 5 darjah celsius masa ketibaan memang tak boleh tahan. Cuaca jadi makin sejuk bila bermalam di pergunungan salji di Gulmarg, bayangkan -10 darjah celsius. Bayangkan berapa lapis baju yang aku pakai.*long john-inner-long sleeve tshirt-sweater-winter jacket* Selain tu, keadaan di agra dan delhi adalah sgt berhabuk.

Bila cakap pasal makanan pula dah sah2 lah kari, dalca dan seangkatan dengannya kan. Kalau dulu macam best jer makanan northern indian kat khana phina tuh.tapi skang aku kene menjauhkan diri dulu lah kot.walaupon aku takde lah masalah sgt nak telan semua tuh sebab dah biasa. Tapi kalau dh pagi ptg siang malam selama seminggu. Hmm tak termakan jugak kan.

Trip kali nih adalah sgt tak menarik unt shopping. Kitorang ambik local guide. So, semua tempat2 tourism dorang jer lah dorang bawak. Harga tak payah lah cerita. Sampaikan fridge magnet pon aku beli dlm flight hehe. Segan plak rasa tak bawak balik souvenir kat kawan2 terdekat. Ada satu dua jer yang bleh dibeli.

Secara keseluruhan, aku tetap seronok lah gi india nih. sebab bila kita berjalan ke tempat orang, kita nak tengok jugak keadaan tempat tuh kan. Kata orang 'banyak berjalan luas pandangan'. Mmg luas lah kan :p. Tapi sebab TAJ MAHAL dan SALJI sudah tercapai, seronoklah. Selain tuh, group nih memang seronok.

Nnt lah aku cerita catatan pengalaman dengan lebih detail ye. Tunguuu :)

Comments

atty's said…
tak sabar nak tgk gambar2 sid masa di india
masviona said…
tak saba nk gi india lagi sbb kashmir tak pernah sampai lagi nih
adenium said…
atty's - tungguuuu.... dok bizi plak nih tuh yang tak menyempat.. hehe

masviona - orang kata pergi kashmir bulan 6 7 nih best sebab lawaaaaa... bunga warna warni :)

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan