itulah kehidupan aku sekarang

dah lama tak mengadu kat sini... nak kata bizi... takde lah bizi macam tahun lepas... server2 dan sistem yang perlu aku belai2 tu pun dah agak stable... rupanya... banyak bende-bende kecik yang nak kene buat... takde semangat betul. tapi... semalam tiba2 je ada masalah teknikal yang agak series dan tak dijangka... berpeluh jugak lah... budak2 vendor tuh.. (aku pun sama berpeluh.. nak pikir apa lah yang nak dijawab kat pihak pengurusan nanti.. ) ... nasib baik lah akhirnya bende tuh ok jugak... itulah kalau buat kerja teknikal... bende2 tuh nak fail bukan ada schedule... bukan nak bagitau... tup2 jadik jer... anyway... ok lah skang... so malam tadik dah lah balik lewat malam... pagi tadi... awal2 lagik dah kene bagik penjelasan kat boss.... bende dah ok... boss puas hati ngan explaiantion tuh... selesai lah satu kerja...

sebenarnya seminggu dua nih aku tak sihat sangat. nak kata sakit sangat tuh tak jugak. tapi sekarang dah agak ok lah. aku rasa mcam ok. tapi belum jumpa doktor pun untuk nak sahkan aku ni ok. harap-harap ok ..

hidup aku skang tak stabil sangat. banyak lubang sana sini dalam aktiviti seharian aku. nak buat ini tak dapat sebab kekurang itu. nak buat itu tak lengkap sebab ini terbengkalai. itu yang buat aku banyak senyap jer skang. nasib baik lah aku bekerja. so banyak jugak masa yang ada aku habiskan untuk kerja. kalau tidak mahunya aku nih dah tak tentu hala..

WHN pun takde kat sini skang. so takde apa yang nak cerita pasal dia. perjalanan cerita dia pun aku tak berapa pasti. hanya dengar melalui mulut dan tulisan dia jer. mood dia pun mula lah tak menentu. mengalahkan aku pada satu-satu ketika di setiap bulan. apa pun aku just follow the rythm. lebih baik aku diam, dan bersuara bila aku rasa perlu bersuara je. bosan jugak kadang2. tengok lah macam mana. malas nak komen.

sekarang orang dok sibuk2 pasal naik gaji, tapi aku malas lah nak ambik tau sangat. tunggu jer slip bulan 7 nanti. sebab nya aku nih berstatus memangku lagi. takde kenaikkan. takper lah. aku doa supaya aku lulus exam baru ni dan boleh lah ke tahap seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan