Mencintai & Dicintai

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin Tiada lagi peluang kedua.

Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah Bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia Berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau Anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada Sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air Mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja Membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita;
Kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.


Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang Begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang Anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari Anda walau dimana sahaja anda berada.

Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin Bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu Ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.


Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!) Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai Atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi Sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita Bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati. Kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.


Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda Kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran Yang bakal mendatang.


Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika Anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.


Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda Cuma kalah jika anda bertangguh.
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang Anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di Pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah. Memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka Dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan Anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan Tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling Sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan Kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda Dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia Layak mendapat cinta anda.


Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk Dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati. Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi Untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini;

Tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya Anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan Untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.....


"…..bercinta tidak semestinya kedua-dua mengecapi kebahagian bersama…berkorban untuk melihat org yg disayangi juga adalah cinta yg sebenarnya…."

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan