Matured Man

Dah lama aku tak bercerita pada blog, aku hampir tidak ada masa untuk diri sendiri sekarang. Terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan, dirancang dan sebagainya. Peluang ‘berehat’ di Allson Klana Resort Seremban ini, mungkin dapat aku gunakan untuk menyiapkan beberapa kertas cadangan dan menulis blog ni.

Kebelakangan ini banyak berita perkahwinan perempuan muda dengan lelaki matang disiarkan. Perkahwinan Siti dan Dato’ K, kemudiannya Puteri Shahnaz. Aku ada komen dan pendapat sendiri mengenai persoalan tersebut. Mungkin daripada pengalaman sendiri, kawan-kawan dan pembacaan, menjadikan aku tidak memandang terlalu negatif isu yang diperkatakan ini. Tetapi tidak lah menyokong sebenarnya.

Kebanyakkan lelaki matang yang berkawan dengan perempuan muda adalah dari golongan yang stabil kewangannya, status dalam masyarakat yang agak baik, atau paling tidak pandai mengambil hati dan prihatin.

Tidak dinafikan golongan tersebut mempunyai pelbagai agenda tersembunyi dalam ‘persahabatan’ mereka dengan perempuan muda. Ada yang ikhlas, ada yang ingin mencuba nasib, malah ada juga yang hanya mengisi ‘masa lapang’.

Siapa yang tidak tertarik dengan sikap mereka yang penyabar, pandai mengambil hati, bertolak ansur, memahami,sanggup ‘berkorban’ dan memanjai perempuan itu. Tidak kurang juga yang sanggup berhabis-habisan menghadiahkan macam-macam. Bukan perempuan meminta dimewahkan dengan macam-macam itu, tetapi mungkin itu durian runtuh. Terima saje lah. Jadi tidak salah kalau perempuan menerima wang hantaran yang hampir setengah juta yang ditawarkan, kereta mewah, rumah besar dan sebagainya. Itulah rezeki agaknya.

Itu bagi yang memang sudah disuratkan jodoh mereka begitu. Walaupun jika ditakdirkan hubungan mereka tidak kemana, sekurang-kurangnya perempuan terlibat sudah merasai dimanjakan dengan pelbagai (atau mungkin sedikit) kemewahan. Hampir semua keinginan dipenuhi. Kalau terkandas di tengah jalan, berbaloi lah jugak. Selain itu, memang perempuan yang ingin menjalinkan hubungan dengan lelaki matang ini sudah maklum kesudahan cerita perhubungan mereka. Lebih banyak yang negatif. Sekurang-kurangnya perempuan itu telah mempunyai sedikit persediaan untuk menghadapi kemungkinan masa depan yang tidak ceria.

Sebenarnya itu bukanlah situasi yang betul-betul baik, tetapi mungkin lebih baik daripada situasi dimana kita tidak langsung dihargai di dalam perhubungan. Setelah sanggup susah senang bersama, kemudian perempuan dipinggirkan. Bukanlah perlukan balasan untuk setiap pengorbanan itu, tetapi paling tidak hargailah kesetian perempuan selama ini.

Apapun, lelaki adalah the most complicated living creatures. Kesimpulannya, lelaki yang baik tidak semetinya jujur, tetapi lelaki yang jujur semestinya baik. Hargailah kejujuran dan kesetiaan seseorang.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan