MIMPI

“ Mimpi yang indah, adalah mimpi yang Paling sukar untuk menjadi kenyataan”

Aku lupa, dari mana aku jumpa ungkapan itu. Kalau tak silap dari sebuah novel tulisan Shamsiah Mohd Nor (mungkin penulis lain ) yang aku baca semasa di Universiti dulu. Tetapi ungkapan itu masih aku ingat sampai ke hari ini.
Memang seronok apabila bermimpi indah di malam hari, tetapi apabila terjaga, realitinya tidaklah seindah mimpi tersebut. Sebab tu agaknya orang kata mimpi itu permainan tidur.
Macam-macam cerita pasal mimpi kalau nak dicerita. Kata orang mimpi tu terbalik, kalau indah jadik sebaliknya, begitu juga mimpi buruk. Terpulanglah macam mana kita nak tafsirkan mimpi-mimpi tersebut. Tapi aku rasa, semua orang seronok kalau mimpi-mimpi indah tersebut menajdi kenyataan.

Ada orang kata juga, kalau kita bermimpi dimalam hari, dan ingin orang tersebut juga mimpikan kita, terus terbalikan bantal yang kita gunakan. Kalau orang tersebut masih tidur, dia akan mimpikan kita. Emm… masuk akal ker? Pernah jugak suatu ketika dulu, aku bertanya pada seorang kawan lama, dia mimpi kan aku tak malam sebelumnya, sebab aku terbalikan bantal bila aku mimpikan dia. Jawapannya selalu ya. Tapi sampai sekarang pun aku tak pasti kebenaran tanggapan orang itu. Mungkin mengarut jer tu.

Sejak kebelakangan ini, hampir setiap malam dia hadir dalam tidor aku. Dia hadir dalam mimpi-mimpi aku. Kalau mimpi indah, sekurang-kurangnya adalah gembiranya. Tetapi hadirnya dia dalam mimpi-mimpi aku dan membuatkan aku sakit hati. Ntah lah, dalam mimpi… dan realiti semuanya menyedihkan aku. masa aku masih bersama dia dulu pun, dia tidak pernah muncul dalam mimpi-mimpiku. Bukan tidak ada langsung, tapi paling banyak pun tak lebih tiga kali aku mimpikan dia. Tapi sekarang hampir tiap malam dia sakitkan hati aku dalam mimpi. Bila terjaga, aku jadik sedih sangat. Ntah lah.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan