lupa

aku bukan lah seorang yang pelupa, selain nombor, aku rasa daya ingatan aku boleh tahan jugak. cuma kalau suruh aku memabca untuk exam tu, ada jugak lah masalah. tetapi sejak musibah itu, aku perasan, aku jadik pelupa. sudah banyak kali bila lupa dimana aku jumpa seseorang itu. padahal, baru minggu lepas aku ada meeting atau discussion dengan mereka. aku perlu jot down somewhere setiap tugasan yang aku perlu siapkan. sampai macam tu sekali. haritu, boss minta aku cari info pasal sesuatu, tapi aku siapkan satu task lain dulu. then, aku langsung tak ingat hingga boss aku tanya balik. kenapa lah aku skang ni...
minggu lepas aku tanya sesuatu pada kawan pejabat, kawan aku kata "awak dah tanya saya semalam soalan tu", aku diam jer la. hujung minggu baru ni, aku nak cerita sesuatu kat sorang kawan ni, pasal satu isu, nak tanya pendapat dia. nak tau dia jawap apa? " aku tau pun pasal kau cerita kat aku haritu (minggu lepas)". aku terdiam. aku bagitau kawan aku tuh masalah aku skang. sgt pelupa. aku risau. tapi bende yang patut aku lupa ... masih jugak tak lupa-lupa.... aku risau....

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan