Sebuah Catatan: 'A Lonely Journey' - II

Hi semua,

orait, jom sambung lagik. kalau nak tau, entry pertama tuh lama jugak duduk dalam draft, sebab aku terpikir-pikir, perlukah berkongsi kesah2 begini. after some times, yes, i said... why not? itu pon selepas semuanya settle. thesis pon dah submit hardbound ...

Sekarang aku dok pikir-pikir pulak, macamana nak struktur kan penulisan aku nih supaya tidaklah menjadi kesah penglipur lara 1001 malam, tetapi padat. entry lepas macam nak buat ikut tahun, macam tak menarik ajer kan. ok, aku rasa baik aku cerita ikut fasa lah.

Sebelum tu, ada sikit tips lah yang aku rasa perlu sebelum dan semasa buat PhD ni. 

i. Tanya diri sendiri kenapa kita nak buat? jangan jadikan sambung belajar sebagai alasan untuk ambik 'time-off' dari kerja. lupakan lah hansrat kalau macam tu. SERIOUSLY ... lupakan

ii. Pilih SV yang sesuai untuk kajian kita. (bukan pilih Universiti). kita nak berhubung dengan SV nih 3-4 tahun kot (mungkin lebih). risik-risik lah dulu. tapi SV pon manusia biasa, so memang lah tak jumpa yang perfect. ehhhh, tapi aku nih SV yang pilih aku jadi student nya. (sebab masa master dulu pon SV yang sama heheh). Alhamdulillah dapat SV yang sangat membantu.

iii. Bidang kajian. bagi aku tak salah nak buat kajian bidang yang ditentukan oleh SV. maksudnya SV banyak bagi pendapat di dalam memilih bidang kajian tu. TAPIIIIIIII mesti lah kene dengan JIWA. kalau tak... tak kemana jugak. sebab yang nak buat nya kita. aku cakap macam nih ada lah tengok orang yang terus setuju jer ngan recommendation kawan, dan subject yang bakal SV tu cadangkan. padahal jiwa ko lain. then tengah jalan boleh pulak nak carik salah orang kan, ehhh.... hahaha. sebab bagi aku kene tengok situasi kat bawak nih.
a. SV bagus + ko bagus = Insya Allah mudah jalannya. (maksudnya progress kerja bagus. eh tak semestinya GOT tau. well will comment pasal GOT later)
b. SV bagus + ko tak bagus = ko pikir lah sendiri. dah katanya PhD tu ko punya kan. so ubah lah mana2 yang patut
c. SV tak bagus + ko bagus = Insya Allah ada jalannya. tapi liku2 tu MAHA hebat lah biasanya. ko sure akan cari jalan dari cari alasan kan.
d. SV tak bagus +ko lagi lah tak bagus = muhasabah lah balik apa yang sebenarnya perlu diubah.
kalau tengok situasi tu takde pon yang aku kata korang akan gagal kan. sebab, kita ada peluang untuk mulakan semula kalau rasa tersasar.

iv. Perseverance!!!!!! sangat perlu... sebab selama buat PhD nih banyak jatuh dari bangun nya. (make sure bangun lah nak sampai garisan penamat). sebab tu lah kat atas tu kene tanya diri dulu kenapa nak sangat buat PhD. kalau betul niat kita... Insya Allah, kita cuba jugak bangun dan teruskan.

v. Dan..... lagiiiiii.... nnt lah aku kongsikan sepanjang cerita ini. ... tapi yang kat atas tuh, bagi aku memang kene tetapkan dulu lah....

okeh jom sambung citer....

Fasa I - Mula - Proposal Defence

Basically dalam entry sebelum ni dah cerita lah kan tentang proposal defence aku tu. bagi aku tahun permulaan ni sangat perit lah. sebab aku kan buat bidang yang memang aku tak pernah tahu sebelum nih. kata orang tuh... kalau kita gi africa... cerita kat depa tentang rambutan, so dari penceritaan tu mungkin depa boleh lah nak cerita balik kat orang lain, tapi mungkin tak sama dengan cerita kita. mau taknya, tengok kot gambar .... tak pernah rasa... etc..etc...so... hmmmm itu lah ibarat kesah permulaan aku.

Dah lah bidang baru bagi aku, nak carik apa yang nak dikaji pon satu hal. PhD ni.... takde kerja carik kerja. nak carik masalah, dan cuba untuk diselesaikan. gitu lah umpamanya kan. so kalau orang kata 1st sem  dan 2nd sem tuh rileks.... memang bukan lah bagi aku. tapi dah aku yang sanggup carik pasal. bertabah ajer lah. kalau nak citer, time nih... lorong rumah pon pernah silap... weihhh dah sedekad kot ulang alik situ. ntah apa yang aku pikir kan tatau lah. kalau nak kira silap jalan nak gi sana sini... tersangat lah banyak. ni cerita kesah jalan yang menajdi laluan seharian tuh tau hahah

owh ya, lagi satu perlu diingat buar PhD bukan lah untuk mengubah dunia, bukanlah jugak untuk menyelesaikan masalah dunia. dah kata pon ada limit masa kan. so hasil kajian itu adalah untuk menambahbaik situasi sedia ada berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti.

apa tu proposal. proposal nih sebenarnya adalah cadangan kajian yang akan kita buat dalam masa kita buat PhD ni nanti lah. so basically ko tau lah latar belakang bidang kajian tu. ada permasalahan yang dikenalpasti boleh ditambahbaik. dan yang penting, permasalahan tersebut perlulah berdasarkan bukti2 yang jelas. maksudnya, perlu ada academic artikel yang menyokong asas-asas hujah korang tu. so, in brief, bagi aku, kalau nak buat proposal nih perlulah lengkap dulu chapter 1 2 dan 3, kerana ko perlu ada literature yang nak menyokong apa yang ko nak buat, dan pelu tau apa dan macamana nak buat jugak.

so bagi aku, dan orang2 yang berpikir macam aku, untuk proposal defence ni, memadai lah 50 helai penulisan yang menerangkan latar belakang bidang kajian, permasalahan kajian, literature untuk menyokong kajian, methodology untuk jalankan kajian, your expected finding yang dapat menyelesaikan permasalahan kajian tu. (ni aku ulang balik so perlu tau lah kan). owh ada orang tanya, objektif kajian, persoalan kajian. dah sah2 lah kene ada. objektif ni bukan pada kajian jer. tapi objektif buat PhD pon kene tetapkan jugak sebelum nak mulakan.

tapi macam2 orang macam2 caranya lah untuk buat proposal. then, bila ko defence proposal tuh, patutnya panel semua tuh perlu mencadangkan apa yang dorang rasa perlu ada untuk memantapkan kajian tuh. sebab dorang pon mesti ada idea best jugak. itu sebenarnya yang penting dan kita nak.

tapi kadang2 ada juga yang mula pertikaikan tajuk kajian. padahal nama pun working title lagi kan. heheh. dan mcam2 bende yang panel rasa nak komen. macam pengalaman aku, panel banyak komen yang literature aku tak banyak, tajuk kajian aku, sumber2 rujukan aku (kalau dah kene komen LR, sure lah references pon berkait), dan expected finding tu kene yakinkan dorang lah. bab objektif dan methodology ok jer. tapi apa kan daya, komen last tu kene tambah literature review, dan unluckily kene redefence. hmmmmm biasanya kalau tambah LR ni kita tambah jer untuk pemeriksaan. tapi takper, rezeki aku lebih. orang lain defense sekali, aku 2 kali. tapi, yang bestnya, ketua jabatan bagitau, "but u can proceed with your research. itu requirement external panel jer" .

so begitulah pengalaman aku untuk proposal defence nih. kalau nak pikir kenapa orang lain tak perlu nak redefence, tak kemana lah aku kan. so sambil tambah LR untuk redefence, sambil mulakan perancangan untuk nak mulakkan field work. sebab objektif dan methodology ok dah .

ini adalah penceritaan dari pengalaman sendiri. mana yang baik boleh lah ambik sebagai pedoman. mana yang kurang baik jadikan teladan.

"cuba permudahkan urusan orang lain, Insya Allah urusan kita akan dipermudahkan"

nanti kita sambung lagi ye..

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan