Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - England
Hi semua.
Stop kejap kisah perjalanan sepi, nak share catatan perjalanan dulu. kisah cop passport thun 2017 ni. Kisah asal, nak pergi conference kat Cambridge. tapi sbb ada ticket murah yang date lain, so i aku register sebagai virtual participant je.
Owh actually, tatau jugak bila nak pergi, then aku beli ticket sama date dengan kawan yang puluh tahun dok england yang nak balik uruskan properties kat sana. Saja nak ikut dia for few days dan kemudian travel sendiri. Bila borak-borak ngan kawan, ada yang nak join. so ada lah kawan.
Mulanya jugak, kawan yang memang dah lama kat England tu nak lepak London dulu. tapi last minutes ada sedikit hal yang kene balik terus ke Sheffield. Tapi aku malas lah nak terus ke sana. so aku melepak di London dulu.
Owh ya, flight aku hari tu MH04, KUL-LHR. delayed jugak. dan sampai LHR jam 5pm waktu tempatan. seksa jugak duduk ekonomi seat for 13 jam kan. Dah berumur ni kene carik duit lebih lah untuk beli seat yang selesa.
Sampai Heathrow, lepas selesai immigration dan collect bag, terus topup oyster card. Card dulu masih ada, so topup jer la kan. Aku ada booking nak stay kat rumah sorang Malaysian LAdy ni, Kak Janah yang sedang buat PhD. So kitorang duduk kat Uxbridge Rd, Shepherd's Bush.
So dari Heathrow, ambik Piccadilly Line ke Hammersmith dan tukar Hammersmith City line ke Shepherd Bush Market. Then jalan kaki sket jer ke rumah tumpangan. Sampai tu memang dah penat. Lepas letak barang, kitorang jalan2 area situ jer sambil carik dinner. tapi area Shepherd Bush nih memang heaven lah nak carik makan. Berlambak makanan Halal. THen balik nak rehat. tapi Jetlag punya pasal memang tak boleh tidur aku nih.
LONDON
22/2/17. Pagi tu, lepas siap2, terus nak keluar jenjalan di kota London. ok, aku dah boleh cas cas tourist guide lah kali nih bawak kawan jalan-jalan London. Sajer nak tengok kota London so aku decided nak ambik bas ajer pagi tu.
Trafalga Square
Memula pagi tu, singgah Trafalgar Square. Tapi merpati dah takde macam dulu2. Dulu2 yang aku baca dalam buku lah kan haha. pergi 2 tahun lepas pon memang takde jugak dah. adalah sekor dua kot.Tapi sebelum tu, singgah breakfast, minum kopi dulu di Costa. depan Trafalgar Sq memang ada satu COSTA dalam kedai buku. aritupon memang aku singgah sini jugak. then aku lah aktiviti bergambar.
Dari Trafalgar aku jalan kaki nak gi ke Westminster Bridge, ikut Downing Street. masa tu memang ramai orang dan polis jugak. aku pon tak pasti ada apa.
London Eye
Big Ben
Dari Westminster ni, ambik tube nak ke Tower bridge. Aktiviti biasa lah, bergambar sahaja. tapi kitorang tak masuk pon tower of London tu. cuma tengok dari luar jer. Then melepak bergambar kat Tower Bridge jer.
Tower of London
Tower Bridge
Dari Tower bridge nih pulak ambik tube Buckingham palace. tapi aku lupa naik tube apa. sebab nih datang ke Buckingham Palace dari arah lain. Dulu aku datang dengan bas. So lepas bergambar bagai, jalan kaki ke HRC London. Tiap kali gi London memang berkali kali datang HRC nih. ada jer nak beli.
Buckingham Palace
Lepas settle kat HRC, kitorang gi Bayswater nak makan Taza Kebab. hah, nih pon mesti pergi makan jugak. memang kalau datang London ada jer orang pesan makan kat sini. KAwan aku yang lama dok England pon ada suggest gi makan sini. so memang pergi lah kan.Lepas makan, kitorang gi Wembley kejap. sebab nak gi London Designers Outlet. tapi Outlet sini kecik jer. biasa2 jer lah. lepas tuh terus balik. owh ya, hari nih ada tube strike. so ada sket gangguan jugak lah masa nak balik tu.
Wembley Stadium
SHEFFILED - YORK - SCARBOROUGH
23/2/17. HAri ni kitorang gi Sheffield. Ambik bas dalam kol 11 dari Victoria Coach Station. Bas dalam 4 jam lebih kalau tak silap. Ada kawan kat sana. Bas berhenti kat Meadowhall Interchange. By the time kitorang sampai kawan aku tu masih belum selesai urusan kerjanya. so aku decided untuk ambik tram ke city center.
Tramp stop dekat Castle Square. cuaca petang tu sejuk giller. memang sangat-sangat sejuk. Ye lah... London takde lah sejuk mana pon kalau 6 7 degree tu kan. To kill the time, kitorang masuk PoundLand dan jugak Sports Direct. hahaha... ni fave kedai kalau kat UK ni. fave aku lah kan. kedai mampu milik katanya. kemudian melepak di Nero Coffee tunggu kawan aku. Kawan aku ada sewa kereta so senang lah.
Sheffield Hallam University
Selesai kerja kawan aku ajak gi makan kedai fave dia dan family masa kat Sheffield dulu. Fuhh dapat makan tengah2 sejuk dan lapar memang heaven lah kan. Actually malam tu kawan aku macam nak bawak kitorang terus ke Scarborough. ini memang dah masuk dalam perancangan, since kawan aku memang nak visit kawan lama (mak angkat) kat sana. Tapi disebabkan malam tu ada ribut, tak jadi pergi. so kitorang stay kat Sheffield jer.Overnight di ruma kawan aku jer. rumah tu besar. tapi penyewa dulu tu buat macam2 kerosakan kat rumah tuh. fuhhh boleh tahan lah kawan aku tuh kene repair. since rumah tuh dah ditinggalkan takde barang2 lah. Terpaksa lah kawan aku pinjam duvet bantal etc dari akwan dia. dan kitorang singgah tesco beli kettle aior etc malam tuh.
Pagi nya tu, kitorang breakfast Brahims dan can food sebelum meneruskan aktiviti hari tu. Damai giller tengok area rumah kawan aku nih.
24/3/17 . Pagi ni perancangannya nak gi york, nak singgah sekali outlet kat situ dan terus ke Scarborough. York dalam sejam lah perjalanan dari Sheffield. Sampai York, kitorang park kereta kat park and ride, dan ambil bas ke city center. Aktiviti biasa lah bergambar dan makan-makan. York ni dulu ada capital City of England, sebelum London. Sebab nak jadi Capital City kene ada Minster yang besar.
"York is a walled city in northeast England that was founded by the ancient Romans. Its huge 13th-century Gothic cathedral, York Minster, has medieval stained glass and 2 functioning bell towers. The City Walls form a walkway on both sides of the River Ouse. The Monk Bar gate houses an exhibition tracing the life of 15th-century Plantagenet King Richard III." ... Google
Pekan York
York Minster
Sedang jalan-jalan tu, dapat call dari Scarborough. Mak angkat kawan aku tuh dah ready masak lunch nak tunggu kitorang datang. kawan aku lupa nak bagitau yang kitorang akan sampai lewat petang. Tapi itu lah kan, orang tua, kalau ada orang nak datang memang bersungguh2 masak. So we decided nak ke Scarborough dulu then patah balik ke York untuk shopping dan patah balik tido ke Scarborough.
Makan home cook memang best. ada Kofta, potato curry, nasi dan bread. adoii lepas makan sembang2 dan having tea. boleh pulak tertido kan. dah lewat petang baru tersedar. dan hampir maghrib.
Ntah macamana boleh tersilap tengok, York Designer outlet tu tutup jam 9pm. so kira2 sempat lah nak buat quick shopping. since memang ada dah benda yang dah plan nak gi. Rupanya, silap tengok tutup kol 8pm. Fuhh memang tak sempat nak buat apa lah. Sempat lah kawan2 aku sambar satu dua barang yang dah aim. dari takde kan. so lepas tuh kitorang patah balik ke Scarborough dan tido sana. Malam tu tuan rumah nak order kan kitorang pizza, tapi kitorang dah malas nak makan berat. Jadi kitorang borak2 sambil supper jer.
ini adalah kawasan rumah mak angkat kawan aku tuh, Tenang dan damai jer rasa kat sini. Mak angkat kawan aku nih, Mahmudah, Pakistani lady. Dah tua lah 70++ dan umurnya, she a Doctor by profession dulu. Sangat nice lady.
25/2/17. Pagi ni dah nak balik ke Sheffield untuk ambik bas jam 11.30am nak balik London. sebab malam nih dah nak ke Amsterdam.
TApi sebelum tu sempat lah singgah beberapa tempat untuk ambik gambar. Kawan aku pon dulu pernah duduk Scarborough nih. Lama kawan aku nih dok England.
"Scarborough is a resort town on England’s North Sea coast. Its 2 bays with sandy beaches are split by a headland bearing the 12th-century Scarborough Castle. The Victorian Central Tramway funicular train links the town centre with South Bay and its harbour. The Rotunda Museum explores local coastal geology. Scarborough SEA LIFE Sanctuary’s marine displays and the Peasholm Park Japanese gardens are behind North Bay." ...Google
Dari Sheffield ambik bas ke London Vitoria. Sampai situ terus rushing balik Shepherd Bush nak ambik bag, dan patah balik ke Victoria Coach Station. Bas ke Amsterdam malam tuh jam 7pm. Samapi rumah tumoangan tu, Tuan rumah masak nasi ayam dan ajak makan. Fuhh memang rezeki sungguh, dah lah tengah tengah sejuk dan lapar kan. hehehehe... rezeki.
So macam tu lah kisah beberapa hari aku dan kawan di Engalnd. nanti sambung kesah kat Amsterdam pulak.
Comments