Catatan Perjalanan : Trip ke Victoria (Melbourne) - III
Hallu.....
Laiii laiii... ada sket lagik kesah gi Aussie aritu.... jom lah layan.
Day
4
Hari
ni kitorang dah plan nak gi Brighton Beach. Nak tengok bathing boxes tu. Nak gi
sini kene naik train, dan kitorang ambik train dari Melbourne Central. Kalau
nak ke Brighton beach nih kena ambik train (metro) menghala ke Sandringham, dan stop kat Brighton Beach. Senang jer, kalau
korang tak pasti, tanya jer kat station tu, sure dorang bantu. Few time jugak
orang2 yang bertanggungjawab untuk memberi maklumat approach kitorang bila tgk
kitorang macam tercarik2 info. Dorang kiranya committed lah dengan tugas kan.
Tak perlu tunggu orang tanya, kalau dah tengok memang sah bukan orang local dan
tercarik2 info dorang terus jer tanya.
Ok,
bila dah sampai Brighton beach station ni, korang akan Nampak beach, so terus
jer menghala ke arah situ untuk gi kawasan bathing boxes. Kalau nak dekat,
jalan tepi jalan tuh, dalam 1.5km jer. Kitorang jalan ikut bawah kat pantai so
agak jauh sket lah. Wahhhhh cantik pulak tengok bathing boxes tuh. Dah musim
sejuk so takde takde orang yang berjemur sgt, ada sorang dua jer. Gi situ kan,
terus berangan nak ada rumah kat esplanade tu. Kata pon berangan kan, berangan
lah sepuasnya, don’t cost a single cents pon kan. Serious cantik kot kawasan tu
untuk jadi tempat tinggal. Dah lah kat sana langit memang biru sebiru birunya
hahaha. Lama dah tak tengok langit cantik gitu kat tempat kita. Adalah, kalau
gi kat tepi pantai kot, the thing is aku pon lama dah tak ke pantai hehehe.
Balik
dari Brighton beach ni kitorang stop kat Flagstaff station, jalan kaki gi
Queens Victoria market. Saja buat lawatan tapak kononnya ni. Nnt last day nak
gi beli souvenir sket kat family n friends. Besar lah pasar nih. Segala mak
nenek pon ada. Kalau Sunday, siap ada car boot sale. Kedai kopi pon banyak kat
situ. Sempat lah lepak2 minum kopi. Then balik hostel kejap sebelum buat
aktiviti lain. Sejengkal jer kot pasar nih ngan hostel.
Lepas
tuh kitorang dah plan nak naik Eureka Skydeck. Saja lah nak tengok Melbourne
dari tingkat 88. Tapi sebelum tuh, naik free tram tuh. Round tengok town lagik
hehehe. Banyak tak sempat singgah pon. Then baru kitorang gi Eureka nih. Kalau
nak kira memang dekat dengan Flinders St tu je, tapi ke cross sama ada Princes
or Queens Bridge. Bayar nak masuk ke Eureka ni 20 AUD jer, kalau nak ambik
gambar kat the edge tu tambah lah lagi 12 AUD. Nak naik tu few second jer naik
lif. Sebab kitorang gi dah petang so kira tengok sunset dari atas tuh lah.
Sambil2 tuh, lepak makan ice cream kat atas tuh. Sebab nanti nak minum kopi kat
bawah sana nu kan. Turun dari Eureka tu, macam biasa, lepak Federation sq kejap
download msg hahaha. Upload gambar etc lah jugak kan. Then gi carik makan dan
mengukur jalan.
Cakap
pasal makan ni. Kitorang takde lah nak makan nasi hari2 ke apa kan. Makan jer
apa yang ada. Megi biskut jajanan memang ada bawak bekal. So kitorang carik
roti chesee buah etc kat coles jer biasanya. Padahal laluan hari2 balik hostel
ada jer Nampak old town white coffee, hehehe. Kita bukan nya Malaysian yang menetap
kat sana, dating jalan2 jer kot seminggu. So mari lah kita makan makanan
tempatan yang boleh dimakan. Makan lah
fish and chips ke kan hahahahaha. Yang kitorang suka sgt makan fries, seronok
kawan aku pon ska jugak so memang beberapa kali singgah kat The Lord of Fries
tuh. Alamak aku lupa lorong apa yang depan Flinders St tu, kat situ ada few
tempat makan halal. Penah gak kitorang makan pizza kat one of kedai situ.
Basically kat mana2 korang travel senang jer nak makan, janji korang takde lah
mesti nak makan nasi.
Day
5
Hari
ni kitorang awal2 dah siap. Yang best kawan aku siap buat megi goreng untuk
bekal. Best kot jalan ngan member sorang nih, rajin buat megi segala hehehehe.
Bekal English muffin letak cheese, croissant, buah etc. hari ni kitorang nak
drive ke Great Ocean Rd. memang jauh lah tempa ni. Hish, kalau tau memang
kitorang overnite jer jugak kat sini. Perjalanan tu memang ambik masa kitorang
like 4 jam jugak kot, sebab ada singgah2 ambik gambar kat few places. So memang
kita kitorang jalan2 gi sana untuk ambik gambar jer lah. Memang kalau korang
dtang sini nak tgk the 12 Apostles tu. Memang menankjubkan sungguh ciptan Allah
nih. Dekat area situ jugak boleh tengok Gibson step. Tapi kitorang decided tak
pergi ke lah ke London Bridge , Loch Ard Gorge ect. Masa kat situ memang sejuk
sangat2 kot dah lah angin kuat. Tapi kitorang memang standby jer jacket dalam
begpack tu kan. Lepas ambik gambar etc, kitorang gerak balik ke city.
Perjalanan
ke sana Great Ocean Road agak jauh jugak. Tapi memang great experience lah.
Tambah pulak kitorang drive sendiri. Basically aku harapkan kawan aku jer
drive. Aku drive jer lah separuh jalan hahaha. Biasalah, kalau ada orang boleh
buat aku dok lepak tepi dah lah hehehe. Thank you kawan. Kalau korang baca blog2 lain, mesti ada cakap
dorang singgah makan kat Iluka kan. Makan fish and chips kat situ. Tapi
kitorang tak singgah pon. Sebab memang kejar2 singgah2 ambik gambar . Tapi,
seronok travel ngan kawan sorang nih, pagi2 dah siap buat bekalan. Owh I lap u
lah. Owh ya masa balik tuh, singgah isi
minyak kat tepi hiway tu, sempat gak aku beli kopi dan gluten free banana
bread. Owh heaven kalau dok sini, mudah carik gluten free food. Hahaha poyo
kan. Takdelah aku ni gluten sensitive/ intolerant kan.
Petang
tu sampai city, lepas park kereta. Which kitorang dah lambat pon, pekerja
dorang semua dah balik. Lepas tu kitorang gerak gi ukur jalan Melbourne city.
esok dah nak balik. Hajat hati nak gi tengok wayang. Tapi wayang agak mahal kat
sana. Dalam AUD25, so kitorang cancel jer lah niat tuh. Then gi melepak2 jer
lah. Owh, malam tu singgah lagi ke Lord of fries. Dah memang dua2 orang giller
kentang kan. Hahahah. Lepas tuh menapak balik dan tido sebab kepenatan.
Day
6
Hari
ni last day kat Melbourne. Seriously tak sempat nak ukur every and each lorong
lagik. Hmmmm nak dating lagik. Owh memang ada kawan yang akan buat research kat
sana. Kumpul duit lah Nampak nya nak gi lagi nih hehehe. Ok pagi nih baru lah
kitorang nak settlekan bab souvenir kat family and friend. Aku memang beli tak
banyak lah. Beli untuk family sket dan kawan2 mana yang sempat jumpa adalah
rezeki.
Pagi
tu menapak lah ke Queens Victoria market. Huhh harituh aku agak kurang sihat.
So slow lah sket pergerakkan. Hahhh… ni nak bagitau korang. Kalau nak beli tshirt
kat pasar nih, gi hari sabtu or ahad, memang korang bleh jumpa yang AUD5 eh…
AUD 4 pon ada yang untuk kids. Tapi hari lain dah double. Sbb masa gi ahad tuh
Nampak murah jer, tapi tak beli lagik lah konon kan. Skali, kitorang tanya
peniaga, memang kalau tshirt murah time weekend katanya. Souvenir lain biasa
jer lah. Hishhhh rugi pulak rasa hahaha.
Balik dari pasar terus kemas barang dan check out. Tapi kitorang tumpeng
letak beg situ dulu.
Then
kitorang keluar jalan2 jap. Naik free tram tgk2 city lagi hehehe. Then kitorang
ambik trem no 96 ke St Kilda Beach. Saja jer lah nak abis kan masa. Kat St
Kilda beach nih ada park kalau bawak kids ok lah. Tapi kat sini memang ramai
orang2 dia berjemur tepi pantai. Kat sini asa panas sket time tuh. Sebab tu agaknya
dorang ambik peluang penuhkan pantai berjemur. Sebelum sejuk kan.
Balik
dari St Kilda Beach nih sekali lagik kitorang ukur jalan kat city dan singgah
The Lord of Fries! Hehehe. Then petang kitorang balik hostel ambik barang.
Kitorang dah booking hotel transfer dengan Skybus untuk gi ke Southern Cross
Station. Then ke airport. Memang saje gi airport awal sket dan melepak situ
jer. Dah memang tak sihat sgt plak so memang elok lah melepak.
Day
7
Flight
kitorang pagi tu EK209 jam 2++am. Safely landed kat KLIA jam 8.40am. sampai jer
KLIA bleh tak kitorang gi lepak makan nasi kat food court bawah tuh, hmmmm dah
nama Malaysian kan hehehe. Aku tak puas hati, on da way balik rumah sempat
singgah mamak tapau dinner.
So
cenggitu jer lah kesah kitorang di bumi Victoria. Tapi memang terasa nak gi
lagik. Kalau ada rezeki sampai lah lagi.
Comments