Catatan perjalanan : Trip ke Victoria (Melbourne) - II
Jom sambung cerita lagi..
Day 2.
Hari kedua
ni kitorang gi keluar dari city, ke Phillip Island. Kitorang sewa kereta Suzuki
Swift dari East Cost Car Rental. Memang dah booking awal2 dari Kl ni. Kalau
kira memang jimat lah sewa kereta kalau nak keluar dari Melbourne city.
Walaupon 2 orang kitorang rasa still lagi berbaloi. Tempat sewa kereta pon
dalam 350meter jer dari hostel kitorang. Settle hal sewa kereta, kitorang
menapak ke parking kereta, dalam 100 meter jer kot dari office tu. Then bermula
lah perjalanan kitorang. Sewa lah sekali GPS ngan dorang, so baru lah senang
nak travel kan hehehe.
Mungkin
apabila sampai tempat dituju kitorang takde banyak masa dan hanya ambik gambar
jer. Tapi, perjalanan ke tempat2 tuh pon dah memang bagi banyak pengalaman dan
kenangan yang sangat bombastic! Cantik giller kot pemandangan. Tempat pertama
yang kitorang singgah adalah Maru Koala Park. So dapat lah tgk koala, kanggaru,
wombat, poney etc. then, kitorang teruskan ke perjalanan ke Phillip Island.
Kitorang singgah ke Anzacs Beach untuk
bergambar. Kat situ tempat orang2 nak surfing kot. Sebab Nampak depa bawak
surfing board jer mostly. Kitorang memang dah plan tak gi tengok piguin parade,
sebab parade tu petang. Hmmmm sepatutnya kena overnight kat situ lah.
boleh plak jumpa kereta proton saga kat sini. siap borak lagik ngan tuan kereta nih.
Then, kitorang dan nak berpatah balik ke City.
Sebelum balik singgah kat Phillip Island Chocolate Factory, dan singgah makan Fish
and Chips kat Pennys. Kalau korang google nil ah tempat wajib singgah makan
Fish and Chips. Owh ye, jangan lupa minum hot chocolate jugak ye. Fuhhhh puas
hati!. Lagi satu, kalau korang baca blog2 yang cerita pasal pergi sini, mesti
dorang akan gi explore chocolate factory tuh. Adalah aktiviti2 yang dorang buat
dalam tuh. Well, kitorang decided untuk tak join. Just enjoy our Fish n Chips
dan Hot Chocolate jer. Lepas tuh sambung perjalanan ker Melbourne City.
Lepas
hantar kereta tuh, kitorang balik hostel jap, mandi makan etc. Then keluar lah mengukur jalan. Kalau korang tengok city
map tuh, memang macam2 tempat yng nak pergi. So kitorang dah beberapa kali naik
tram free tu. Tengok tempat2 yang menarik dari dalam tram pon bolehhhhhh.
Hahaha. Serious korang, banyak sangat tempat nak singgah.
Sebelum
datang ni, ada yang kata most of kedai tutup kol 4pm. So aku bayangkan mesti
bosan malam2 kan. Takkan nak melepak kat hostel jer. Owh… tidak sama sekali.
Banyak jer tempat yang happening malam2. Mengukur jalan atau minum kopi. Tapi
seriously kitorang tak sempat pon nak gi shopping mall, sebab rasa tak sempat
nak ukur tiap-tiap lorong. Setakat dua hari tu kitorang belum guna lagi
perkhidmatan train or trem berbayar. Kat Melbourne city ni ada 2 pengangkutan
utama iaitu train dan trem, selain bas. Ada 3 main stations kalau ikut
perkiraan aku. Flinders Station, Melbourne Central Station dan Southern Cross
Station. Kalau nak naik trem or train ni, kene beli kad touch n go yang dorang
panggil ‘MyKi’. Harga kad nih AUD6, then kene topup lah ikut banyak mana nak
guna. Kitorang beli kad ni kat 7-11, then topup dengan AUD20. Sebab penggunaan
trem dan train yang agak limited masa kat sana, so aku tak pajam sangat capping
system dari MyKi tu. Kalau tak silap aku sekali touch dalam AUD3.9 kot.
Day
3.
Hari ni hari sabtu, kitorang plan nak gi naik
Puffing Billy train. Kitorang naik train dari Melbourne Central ke Belgrave.
Jauh jugak rupanya, dalam sejam perjalanan. Bila sampai di Belgrave station,
untuk ke Puffing Billy Station tu, korang ikut jer ada line biru. Hahaha, bagus
jugak buat cenggini, tak payah nak bagi direction banyak kali. So jalan kaki
dalam 150meter jer kalau tak silap. Untuk naik puffing billy ni, beli tiket
yang station tu. Kitorang beli tiket return ke lakeside, dengan harga AUD51.50.
So nanti korang tunggu lah time train tu operate. Ada jugak coach first class
tau, which is siap ada makanan etc lah. Kat sini pon ada kedai souvenir kalau
korang nak beli apa2. Beli kopi ke. Dan yang penting ada free wifi.
Train
kitorang gerak kol 12.30 ke Lakeside. Takde apa lah naik Puffing Billy ni, tapi
nak pengalaman naik steam engine kan. Menarik jugak sebenarnya. Jalan-jalan
dalam hutan lah kiranya. Tapi pemandangan sangat cantik. Sampai Lakeside boleh
lah kalau nak picnic. Tapi kitorang just ronda2 lihat kawasan keliling dan naik
tren seterusnya balik semula.
Puffing
Billy ni dulu adalah train yang dorang guna seharian, untuk bawak hasil tanaman
seperti potato dan sebagai nya. Tapi skang ni rail tu dah tak digunakan dah.
Suatu ketika dulu ada landslide dan rail tu telah dialihkan sket. Perjalanan ke Lakeside pergi balik, dan stop
lepak2 kat Lakeside ambik masa lebih kirang 3 jam.
Lepastu
kitorang ambik tren ke City dari Belgrave. Balik tu singgah hostel dulu untuk
makan etc, dan keluar semula. Owh ye, sebelum tuh kitorang singgah Coles beli
barang-barang. Kalau sabtu ada banyak discount kot. So kitorang borong lah
macam2 makanan, coffee, chocolate cheese, roti buah etc. Then kitorang try guna
machine untuk bayar barang-barang tuh. Memang senang dan cepat. Hmmm agak2
kalau di negara kita buat system cenggitu, praktikal tak ? hehehehe. Dah memang
nak try, sebb kat UK dulu sempat try kat kedai kecik jer.
Siap
makan etc kitorang keluar semula. Kali nih kitorang ukur jalan arah ke
University of Melbourne. Jalan tanpa arah tujuan, nak tengok tempat jer lah kan.
Jalan pusing-pusing sampai ke depan State Library. Esok ahad, so memang malam
ni orang melepak lah kan. Kitorang pon sama lah. Then, kitorang lepak minum
kopi dan makan Churros. Lepas tu sambung ukur jalan. Ikut St lain2 plak kan. On
da way balik tuh, kat depan mall apa hah (yang ada federal coffe tu)? Lupa
plak. Kat situ ada mamat ni perform lagu. Suara best kot. Siap ada jual cd
lagik. Apa lagik kitorang dok lepak situ lah dulu. Kata pon malam minggu kan.
Lepak dengar lagu jer lah. Tiap hari nak try federal coffee dah tutup pulak
malam tu.
So
itu lah kesah hari ketiga kitorang.
Comments
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)