Teater Kena Main

Korang....
tengok tak teater nih? ok... tak kesah lah tengok ke tak... tapi aku tengok... hmmm sebab tengok teater nih jugak lah aku jumpa dengan teman lelaki upahan itu, dan tetiba terus #instafamous jap mayangkelapa (ok, aku perasan). bukan itu jer, buat profile pix WA pon .. ada plak kengkawan PM hahaha.. kuatnya pengaruh teman lelaki upahan itu kan, terima kasih sahabat untuk this special birthday treats hahaha. yuhuuuu... nk cerita pasal kene main atau teman lelaki upahan ni. hmmm dah lepas midnight ni, sebab tu aku suka melalut kat sini. bagi tajuk A... aku cerita pasal X Y Z pon ok jer. actually pada waktu in, aku sedang brtungkuslumus untuk siapkan beberapa chapter draft thesis, membetulkan draft artikel untuk nak hantar kat journal dan jugak tengah carik idea untuk draft 2 atau 3 paper lagik. tapi itu semua kalau bagik tajuk A..maka penceritaan nya mesti A lah. so ada kebosanan disitu. ok...ok... berbalik pada tajuk jom.

hmmm, aku bukan nak cerita kesah kena main nih, sebab aku kan lemah bab nak buat review ni. nasib baik SV i suka paper yang ada proses dan hasil. kalau kene buat review paper, hancus lah. ok, apa aku nak share pasal cerita nih ada value. hasil karya Khalid Salleh, memang boleh agak lah kan. ini bukan lah teater muzikal yang benyak kali aku tengok. eh tapi dah setahun gak kot ke lebih tak gi IB nih. memang berangan nak gi tengok, tup kawan ajak, terus on jer lah.

seriously memang ada jugak aku nak terlelap masa tengok... tapi belum lelap. kalau muzikal, ada lah elemen penongkat mata kan. sebab nya... aku tak boleh nak multitasking pulak rasa nya masa tgk teater ni. nak dengar orang tu cakap, nak tengok memek muka orang tu dan orang nih, so... agak kerugian disitu. perlu fokus pada expressi jugak tau tengok cerita cenggini. bagik aku lah. hmmm... dari cerita ini, dapat tengok bagaimana kalau orang tiada keupayaan penglihatan ini berkomunikasi, bergurau, usik mengusik dan sebagainya.

jalan ceita berkisar pada kesah kehidupan sehari-hari kita. ada satu nilai yang amat terkesan dalam jiwa bila tengok cerita ni. aku terlupa, mereka duduk tepi kaki lima bermain muzik itu adalah satu pekerjaan. cara merek berusaha mencari nafkah. mereka berusaha ye. tetiba aku terasa ralat dengan tindakan aku kurang ambik peduli hal ini selama ini. selama ini jika aku melintasi kumpulan mereka yang bermain muzik jalanan ini, aku lebih beranggapan mereka menghiburkan orang ramai. so, aku kurang peka dalam cuba membantu. hmmm, silap konsep. sangat silap!

ntah lah, aku rasa memang aku langsung tak peka lah sebelum ni, tak sensitif!  hasil terkesan dengan nilai yang aku dapat dari teater ini, aku dah educate dan bagi awareness pada haziq. kenapa golongan kurang upaya ini bermain muzik disitu. dan apa tindakan yang perlu dilakukan. selain tu, aku macam dapat merasakan kepayahan mereka dalam menjalani kehidupan seharian. alangkan kita yang diberikan kelebihan ini adakala sukar untuk menjalankan kehidupan, lebih2 lagi bila diuji sket dengan kesihatan yang kurang baik dan sebagainya. bayangkan mereka. Ya Allah ko rahmatilah golongan kurang upaya ini.

hmmm ntah lah, tetiba tersentuh pulak kan. apapun, teater ini adalah gandingan pelakon2 hebat! rugi tak tengok tau. kalau korang tak tengok lah. seb baik aku tengok. itu jer lah aku nak cerita. aku kene menyambung kembali penulisan serious aku tadi ye. lain kali cerita-cerita lagik....

Comments

Nabila Syifa said…
best ke, layan teather? terus-terang, i x penah try. mcm boring je?
adenium said…
Nabila Syifa - kalau teater cenggini mungkin agak bosan kalau tak menghayati... mungkin boleh cuba teater musical... dan cariklah yang ada pelakon hebat dan yang kita minat... for sure a good experience for a firstimer. :)
Dewi Aja said…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam