Happy birthday mak

10.10 birthday mak. Tak mungkin pernah lupa. Walaupon sudah hampir 20 tahun mak pergi dan tidak kembali.

Sejak mak pergi, aku agak sensitif dengan isu mak nih. Bukan apa sedih la kan. Ingat lagi celebrate birthday terakhir mak. 10.10.97 . masa masih belajar kt ukm. Tgh buat industrial training. Mcm2 mak masak, sbb aku balik. Hmmmm 'anak agong' katanya kan. Masa tu mak nampak macam dah sihat sgt. Aku ingat jugak, happy giller masa tu sbb mmg aku sangka doa aku saban hari dimakbulkan. Satu jer impian aku masa tu, nk mak sihat macam biasa.

Rupanya Allah takmau kami sedih masa birthday mak. 2 mingu lbh lps tu mak pergi. 27.10 mak pergi dan tak kembali lagi. Macamana collapse nya aku waktu tu tak payah cerita.

Kitorang sebenarnya mmg jarang lah tiup2 lilin masa birthday ni, kecuali masa kecik2 dulu. Tapi kalau birthday tu mak masak yg special. Dah mak memang pandai masak.

Kengkadang kan, klu dok sengsorang tu selalu terpikir, kalau lah mK masih ada. Tapi mungkin Allah tknk aku jd anak derhaka. Ye la, kdg2 kesibukkan buat tanggungjawab pada mak terabai.

Bak puisi Usman Awang 'kini kurasakan kasihnya lagi, meski jauh dibatasi bumi' .

Happy birthday mak. Alfatihah

Sent from Yahoo Mail on Android

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

peribahasa : tiada beban batu digalas