Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Day 1
Jom cerita Beijing plak. Dah lama tak buat catatan perjalanan. nama pon berjalan sesekali jer kan. Actually dah lama beli package nih. Dengar kawan nak pergi sana, perasaan nak gi Great Wall pon menjadi terlebih. So terus lah beli gak package tuh. 14 September 2012, bertolak ke Beijing dan transit kat Hong Kong. Flight CX722 (Cathay Pacific) ke hong kong dan KA906 (Dragon Air) dari Hong Kong ke Beijing. Bila dah transit kat Hong Kong, terasa nak gi HK plak ,bila ntah.

Dlm flight full of makan-makan. Pre-ordered makanan muslim lah kan. kalau dari KL, naik apa sahaja flight pon makanan dah sah2 satu dari sumber yang sama dengan kapal terbang MAS. Juices and peanuts! Sambil tengok movie plak kan. Dlm dragon air siap dapat ice cream Haagen Dasz *jakun nya tuan tanah nih*. long flight memang kelebihan kat sini lah nak banding dengan budget flight kan. tapi kan, budget flight tempat lain takdelah macam yang kita ada sekarang kot. k itu lain kali cerita lah ye.
Perjalanan dari KL ke Hong Kong mengambil masa hamper 4 jam. Sampai di HK kene brgerak pantas dan lepak dekat ngan gate nak fly tuh nanti. Dr HK ke Beijing plak ambik masa 2 jam lebih. Penerbangan amat selesa, so takde lah letih sgt. Kalau kat airport HK bleh dpt WiFi free, tapi airport Beijing susah sket, sebab kene register bagai.
Hari pertama nih, kira perjalanan jer lah. Lepas tuh kitorang dibawak gi hotel. Hotel Mingri Wuzhou. Hotel pon boleh tahan so takde nak komplen apa2 lah kan. Baru first day kot. Sampai hotel, tak payah banyak cerita. Kita tido dulu.

starbucks coffee kat airport Hong Kong. masa nak balik KL sempat lah beli tumbler dan minum salted caramel mocha
Airport Beijing. sementara nak tunggu bas ke hotel. bas dah sampai pon sebenarnya, cuma sempat gak lah kn nak snap sekeping dua. suhu masa nih dalam 20 darjah celcius.
bilik hotel. selesa.


Day 2
Good morning Beijing. Jam 5 lebih dah bangun solat subuh dulu lah. Lepas tuh bersiap2 nak jenjalan. Ambik package muslim tour kan. So makanan tak susah lah. Bila turun nak breakfast pagi tuh, semua sayur jer hah. Seb baik aku nih makan jugak sayur kan. Sayur yang dimasak ok lah. Kalau ulam or salad, alamat tak reti lah aku nak makan.
Hari nih kitorang gi visit Summer palace. ………………….
Istana Musim Panas ('Yihe Yuan') terletak di pinggirbandar Beijing,China , kira-kira 15 km mengikut lebuh raya dari ibu kota Beijing. Kawasannya luas di tepi Tasik Kunming tasik buatan digali oleh manusia dan di atas Bukit Longevity (60 meter tinggi ). Keseluruhannya dilengkapi dengan balai teater, kuil, istana , jambatan gaya China , seni taman, jeti perahu naga , arca kerbau dan lain-lain. Tasik ini meniru rekabentuk [Tasik Barat]] di Hangzhou. Kini menjadi tarikan pelancong domestic dan antarabangsa. Ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998. Asalnya dibina semasa Dinasti Jin (1644-1911) oleh Maharaja Qinlong pada 1749 . Pada 1860 sebahagian bangunan hancur akibat perang Anglo-Perancis 1960 dan Pemberontakan Boxer 1900. Tetapi 1886 dibangunkan semula mengikut arkitektur klasik China dan diberi nama baru 'Yihe Yuan'. Setelah itu Ratu Cixi menetap di sana.

Cuaca pon nyaman jer. Baru masuk autum. Tak lah sejuk sgt. Dan tak lah panas sgt. Pagi2 tuh terasa lah angin sejuk nya. Cuaca lebih kurang 20-24 darjah celcius jer. So takde aktiviti lain , tengok2 kawasan summer palace tuh, dan ambik gambar. Lepas tuh kitorang gi Silk Center. Biasalah, kalau ambik package memang dorng akan bawak ke tempat2 macam nih. Kat sini, tgk lah macam mana sutera tuh di hasilkan dari ulat sutera tuh. Lepas tuh bolehkan beli macam macam kat situ. Aku takde lah shopping pon. Dah kata pon nak gi jenjalan jer kan.
Lepas tuh kitorang gi lunch. Sorry lah, nama kedai tak ingat , eh ke tatau nih. Dah tulisan gitu aku malas nak Tanya lah. Makanan not bad. Aku nih, tak kesah sgt pasal makan. Takde pon nak bawak serunding ke hapa. Selagi boleh , aku makan jer. Tapi makanan nya ok .
Lepas tuh, kitorang dibawak gi pearl center.  Macam biasa, tgk macam mana pearl dihasilkan dari tiram tuh. Lepas tuh shopping lah kat situ. Lepas selesai urusan pearl, kitorang gi solat kat masjid yang terbesar dan tertua di Beijing. Masjid Niu Jie. Sebelom gerak semula, habiskan lah duit dengan beli macam-macam kat org2 jalanan yang jual macam-macam gak tuh. Dekat area masjid tuh pon ada supermarket muslim. 
Acara seterusnya, kitorang dibawak gi tengok perembahan acrobatic kat Jin Sha theater. Hebat lah persembahan tuh. Memang dorang nih dilatih sejak dari kecik. So, tak heran lah kalau gimnas dari Negara china memang hebat.
Sebelum balik hotel kita dinner dulu. Makan malam pon ok. Takde nak komen. Hehe. kalau banyak komen kang lapar. Eh tak, nih serius, memang ok. Dah kalau memacam lauk yang dihidangkn, takkan satu pon takleh makan kan. Lepas makan terus balik hotel. Penat sgt dah kan. Tappi sampai depan hotel, sempat lagik gi jalan2 sekitar hotel tuh. Dlm tak sampai 5 minit jalan ada Nike factory outlet. Well, akukan peminat tegar adidas. *alah, cakap jer lah tak bajet pon untuk shopping baragan sukan kan :p* end up gi Carrefour jer carik bekalan air . kemudian balik hotel dan tido.
sekitar summer palace






sebelom menjadi sutera, cenggini lah rupanya.
restoten halal, untuk lunch pada memula sekali jenjalan kat Beijing nih. sekali pandang sah2 tatau nih restoren halal kan..


sekitar masjid Niu Jie. masjid terbsar dan tertua di Beijing. (dan di China jugak kalau tak silap).
banyak masjid kat beijing nih . penduduk islam adalah dalam sejuta orang lebih.

pasaraya muslim. terletak berdekatan dengan masjid Niu Jie.

Persembahan Acrobatic yang amat menakjubkan.



Day 3.
Breakfast hari nih macam semalam jugak, Cuma ada lah dua tiga sayur yang lain kot. Tiap hari aku makan  mi goreng yang agak sedap lah pada aku. Dah takde pilihan lain kan. Hehe. actually ada jer nasi putih , boleh lah kalau nak makan ngan sayur2 bagai tuh. Owh ya, kat tempat makan kat hotel nih aku tak pernah minum air. Sebab minum air dlm mangkuk besi. Hehe. alah, lagi pon aku minum air masak jer pon kan.
Lepas breakfast, kitorang terus pergi zoo. Nak tengok panda. Aku tengok panda jer lah, malas lah tengok haiwan lain tuh. So hari tuh dapat gak tengok 6 ekor panda kot. Lepas tengok panda, singgah kat pusat pemulihan kedoktoran tradisional China. Hmm camtuh lah lebih kurang kot nama tempat tuh. Dapat lah free refleksologi. Hmmm dah nama pon free, aku rasa bukan urut refleksologi pon, main gosok2 kaki jer adalah kot. Lepas tuh adalah ‘doktor’ dorang yang datang cek kalau kita ada sakit apa2. Then promote lah ubat2 dorang kan. Standard la tuh. Eh , tapi kan ada yang dorang boleh keluarkan cas2 elektrik dari tangan dorang, alah, yang macam dlm tv tuh lah. Rugi plak tak tengok. Hehehe.
Aktiviti seterusnya lunch. Hmm dok Beijing nih tak sempat nak lapar. Lepas makan, makan, tuh jer kerja lepas makan gi masjid plak. Masjid lain plak. Masjid dorang ok. Yang best gi masjid nih, bleh jumpa toilet yang ada air . hehe.
Agenda seterusnya kitorang ke Tiananmen square dan forbidden city…………
Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali sebagai lambang kebudayaan kerana pernah
menjadi tapak peristiwa terpenting dalam sejarah Cina. Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana peristiwa Bantahan Dataran Tiananmen 1989. Dataran ini meliputi 40.5 hektar (100 ekar),menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia. Pintu Tiananmen mulanya dibina pada 1420-an ketika Dinasti Ming. Sewaktu kejatuhan Dinasti Ming, pergaduhan besar di antara Li Zicheng dan Maharaja Qing telah merosakkan (atau mungkin memusnahkan) pintu tersebut. Pada tahun 1651 (awal Dinasti Qing), Pintu Tiananmen dipulihkan dan menjadi salah satu tempat bersejarah.


Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak
ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi(7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara  di dunia.

Lebih kurang 2 jam jugak lah berjalan-jalan sambil ambik gambar.  Sebelum dinner, kitorang ditinggalkan untuk berkeliaran di satu tempat. Again, lupalah nama tempat tuh. Kat situ ada jual makanan2 pelik2. Segala macam binatang bleh jumpa kat sini. Ada dua gerai yang halal kalau korang nak cuba. Tapi aku tak cuba pon lah. Aku gi melepak minum kopi jer lah kat mall.
Lepas dinner balik hotel dan tido. Penat wooo berjalan seharian kan. Kalau tengok kat Beijing nih macam Negara maju pon ye jugak, bangunan tinggi-tinggi. Ada system pengangkutan yang agak baik. Traffic dah sah-sah lah jam kan . tapi tak lah seteruk jem kat Indonesia kot. Menurut cerita tourist guide kitorang, kehidupan kat Beijing sangat susah, gaji kecik barang mahal. Tarap hidup tinggi lah. Barang makan murah, tapi kalau ak beli rumah etc memang mahal. Aku wonder berapa lah harga kereta kat sini. Volswagon ngan audi are everywhere! Model audi yang aku Nampak kat sini biasa jer lah macam kat Malaysia jugak. Tapi VW macam2 jenis yang aku Nampak.yang sama kat Malaysia pon ada lah, tapi ada yang aaku tak pernah dengar, Santana, Lavida, Bora, Sagitar etc lah .  dah jadi satu kerja pulak aku dok snap gambar VW nih.
pintu masuk ke zoo.


nih teater apa ntah. adoii, malas nak buat catatan. konon macam boleh ingat. tapi bila nak bercerita, hampeh semua pon tak ingat dah..

ntah haper haper jer lah Tuan tanah nih kan. layan jer lah . :p

group photo. seronok jugak berjalan dengan groupnih. walaupon ada pakcik makcik. dorang nih yang memang selalu berjalan. so tak banyak karenah lah kan. ehh, dorang yang ada karenah ke, kita? hahah. masing-masing lah kan. tapi kalau dah nama pon berjalan di tempat orang, kena lah for go bende-bende yang remeh. kalau semua bende pon nak ikut macam dok kat negara kita. dok jerlah kat negara kita, jangan keluar gi tengok macamana orang lain hidup kan...eh, melalut plak.
nih pokok persimon aka pisang kaki. nih masa jenjalan nak gi ke forbidden city

fobidden city. bolh tak aku cakap aku tak masuk. malas dah nak berjalan. tapi itu bukan bermakna aku dok tercongok tunggu dua tiga orang yang pergi tuh. ramai dah yang tak masuk sebab dah lebih satu jam berjalan. tapi aku dan beberapa orang ahli rombongan yang muda belia nih, dok beraksi ambik gambar lompat. hehe


kat belakang tuh lah jual segala macam haiwan untuk dimakan. kalau nak cuba boleh. carik gerai yang halal tuh.
banyak rupanya mutiara dalam sekor tiram nih. ingat satu jer.

tempat belajar di dalam masjid

tuh jer lah kisah beberapa hari kat Beijing nih. nanti sambung lagik ye...

Comments

attyfir said…
seronok baca pasal percutian sid ke beijing..harap satu hari nanti kty sampai jugak ke sana
adenium said…
atty's - insya allah kakty.. akan sampai jugak nnt :)
chemistry_lady said…
salam,

sy nak tanya... berapa jam ye yg cukup utk connecting flight dr HK ke beijing tu.. tq

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan