Catatan Perjalanan : BB-Rembau-KL

Salam Syawal.
Masih bulan syawal kan. Dah lama tak buat entri catatan perjalanan. Konon nak buat blog jalan-jalan dan jugak makan-makan. Konon lah kan. Tapi berjalan pon setahun sekali. Yang sepelaung pon kita buat jugak lah entri.
Perjalanan ke Remba nih kira macam balik kampong lah. Omak esse org rombau. Raya haritu balik Dungun. Perjalanan ke Dungun dah pernah buat. Kali nih kita buat catatan perjalanan ke Rembau. Walaupon takde apa cerita nya. Dok terpikir nk balik Rembau sejak arituh lagi. Tapi dok macam2 kerja nak buat. Konon bizi lah sgt. Tapi ada rasa yang kuat unt ziarah pusara emak. Terus decide nk balik awal pagi tuh. Padahal dekat kol 1 pon blom lelap lagi malam tuh. Perhitungan yang dibuat sendiri. Nk ambik masa 4 jam jer. Sebab mmg ada keja kat KL pon. Apapun keputusan masih bergantung kepada keadaan bila bangun tido paginya lah kan. So pagi tuh, seawal 620am aku dah bergerak dari rumah. Aku mmg suka drive pagi2 gini. Sebab cuaca sejuk jer, dan traffic pon tak hazab. Pagi tuh, minum 3in1 white coffee, sbb takut ngantuk tak cukup tidor. Perjalanan dr BB smooth jer. Cuma pagi2 pon lori dah byk lah. So tak boleh ikut NKVE, tapi ambik tol Sg Besi. Dekat sgt rupanya. Tuh lah asyik balik time jalan sesak jer, tuh yang rasa jauh. Lps masuk exit pedas-linggi, terus dan masuk jalan kampong. Memang dah aim nak berhenti ambik gambar sign board kat atas tuh. Dan satu lagi sign board (tapi tak ambik). Perjalan ke rembau agak selesa. Tak sesak. Tak banyak pembangunan yang dijalan kan sejak2 aku jarang balik kampong nih. Cuma ada satu jalan yang dah di upgrade. Tujuan utama mmg nak ziarah pusara emak. Kalau rasa tuh sgt kuat, mmg tak boleh nak kata tak. Ada rasa rindu disitu. Memandangkan weekend lagi banyak agenda, so weekday pon jadik. Hajat nak singgah dua 3 buah rumah untuk beraya. Tapi mungkin akan memakan masa, dah sah-sah kene makan minum dulu. So aku decide tak singgah mana2 pon. Jam 820am semua urusan dah selesai. Tenang rasa hati. Sebelum balik, singgah minum kopi dan makan pau kat pekan Kota. Depan petronas tu, ada deretan kedai. Aku singgah minum kat kedai kopi Sin Hiap Chang. Sambil minum kopi, sambil mengimbau kenangan dulu-dulu. Aku tak dibesarkan di KOTA, tapi most of my childhood time kat KL ngan DUNGUN. Tapi beberapa tahun sebelum emak meninggal, kami pindah ke Rembau. Masa tu aku dah masuk U pon. So dulu selalu lah balik Rembau. Bangi ke rembau tak lah jauh mana pon. Tak jauh mana tuh sebab naik public transport. Kalau naik kereta adalah sgt dekat. Perjalanan yang singkat. Lps minum kopi aku terus zass balik KL. Perjalanan lancar. Jam 10am dah sampai tol sg besi semula. Alhamdulillah. Apa yg dihajati tercapai juga. So itu jer lah kesah catatan perjalanan yg ringkas. Tunggu lah kot sket hari lagi ada lgi catatan perjalanan yg jauh sket ke, mana nak tau kan. Ada rezeki aku cerita lagi :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan