aku pun tak tahu


Gambar feri tu sekadar hiasan. Tidak ada kene mengena dengan sesiapa, sama ada masih hidup atau sudah tidak hidup di dunia lagi. Masa g SP haritu sempat aku g Penang. Macam takde idea jer nak cerita kat sini. Masa tengah banyak ide nak tulis masa tu lah aku damn bizi. Kebizian aku biasalah, mesti pasal kerja. Takkan pasal rumah tangga pulak kan. Aku dah letih kerja nih sebenarnya. Bukan lah aku tak tahan tekanan. Tapi kalau perangai manusia yang macam2 dan buat2 pandai ni, seriesly aku memang dah give up. Bagi aku technology never fail, human turn technology to failure. Another thing, technology never lies. But human does! My work life will always be my never ending story. Baru ni aku dapat tau satu berita tak best pasal career aku. Frust, sedih, bengang, sumer ada. Tapi aku rasa aku ada chance lagi. Insya allah kalau rezeki aku, tetap akan jadik rezeki aku.

Hari ni, aku tension sgt kat WHN. Kadang-kadang aku ni melampau jugak. Tapi kadang2 dia selalu nak ambik jalan mudah. Aku nih bukan lah baik, tapi selama ni aku dah buat yang terbaik untuk dia. Aku tak pernah minta balasan pun. Apa sahaja yang termampu aku dah buat. Kadang-kadang yang tak mampu pun aku usahakan. Sampai aku dah rasa macam haper jer aku nih. Tapi kalau dia ada problem jer, hal kecik pun aku nak kene marah. Macam selama ini aku hanya berdiam diri jer kalau dia ada masalah. Aku lupakan kepentingan diri. Sebab apa? Sebab aku nak dia happy, sebb dia juga yang buat aku happy kembali.

Kadang-kadang aku jadi malas nak komen atau cakap apa2. kalau silap sikit (atau dia rasa tak kene), aku jugak yang salah. Aku dah rimas hidup macam ni. Aku rasa dia pun lebih-lebih lagi agaknya, rimas dan bosan ngan aku.

Semalam pun bertengkar lagi. Sebenarnya aku sendiri taktau ntah kenapa dengan diri aku nih. Bende kecik pun aku nak besar2kan. Aku macam sajer jer nak bagi dia bengkek jugak. End up aku jugak yang mengalah. Tak tahu kenapa aku buat macam tu.betul aku sendiri tak tahu.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan