Di Ambang Tahun Baru

Dah lama tak update. byk kekangan lately. balik dr cameron tuh, internet pulak lambat dan terganggu sebb masalah gempa bumi tu..lps tu saja2 ambik cuti, walaupun datang office. kemudian raya haji dan tahun baru, memang kene cuti pun. tapi tak kesah lah. Walaupun time tuh agak free dan ada mood nak update. Takpelah..apapun bebila boleh post update nih aku pun tatau.

Selamat tahun baru, 2007, tahun melawat malaysia. mesti ramai yang berkobar-kobar dengan azam baru. Cuma pastikan azam tuh terlaksana cukup lah. Azam tahun lepas pun tatau oke ke tidak erk. Bagi aku... kalau kita dah berusaha untuk laksanakan azam tuh, walaupun tak sepenuh nya tercapai dah cukup baik. Ye lah baik dari dok list azam pjg-pjg tiap ujung or awal thn, tapi masuk februari jer, ntah mana pergi list tuh. Dah lah memory tuh tak kuat.... alamat tgu thn depan lah plak buat azam. Ceh macam ada pengalaman buat camtuh jer aku nih....

Aku pun banyak gak azam untuk tahun nih. Aku pun tatau sama ada aku patut post tak apa yang aku dah tulis tuh. Tapi yang pasti, satu azam dah aku mula. Biasalah azam untuk ’look and feel better’. Biasalah, setiap thn mesti ada punya.

Setakat ni, tahun 2006 memang banyak meninggalkan kenangan pahit manis. Macam balance la. Kalau boleh aku memang nak lupa terus kenangan tahun 2006 dan kalau boleh jugak aku nak ingat terus kenangan tahun tu. Apapun tahun tu dah lepas. Nak kenang atau tak tu tak penting sangat, yang perlu enhance mana-mana yang tak puas hati supaya tahun 2007 lebih baik.

Pasal kerja pun banyak yang aku kene improve dan settlekan. Kadang-kadang macam takde bende lain jer dalam life ni. Asyik kerja jer. Sebenarnya aku seronok, Cuma kadang-kadang yang tak seronok bila ada yang mengganggu gugat. Malas lah nak komen.

Kawan-kawan pun sumer dah macam jauh jer skang, bila masing2 dah ada haluan masing-masing. Ada yang dah ada commitment lain, ada yang dah dok jauh untuk teruskan cita-cita. Lagi lah macam mendatar jer hidup ni. Tapi dah hampir sangat hujung tahun hari tu, aku dapat kawan baru sorang, WHN. Nanti lah later aku komen pasal WHN ni.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan