8 APRIL 2006


Hari ini 8 April. 30 tahun lalu aku dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Hari ini, aku menyambut hari ulang tahun tersebut di tempat tumpah darahku itu, kerana kebetulan adik aku dimasukkan ke wad bersalin.
Terima kasih adik2 yang tidak lupa pada harijadi aku. Korang jer yang along ada. Terima kasih kepada akak2 yang bersama di yow chuan malam tadi. Terima kasih juga pada kawan yang setiap tahun tidak pernah lupa pada harijadi aku, maaf kerana tidak dapat memenuhi pelawaan makan malam sempena harijadi aku. Terima kasih pada kawan2 dan cousins atas ucapan selamat harijadi, terima kasih atas ingatan semua.

Aku rasa sedih jer harinih. Tatau lah kenapa, kalau mak dan ayah masih ada…..
Masih aku ingat… harijadi ku 5 tahun dulu, ayah telefon dan berpesan. Mungkin bagi ayah, umur 25 tahun itu sudah cukup dewasa bagi aku untuk menempuhi cabaran hidup. Aku tak dapat nak ingat setiap patah perkataan ayah, tapi maksud kata-kata ayah, “ awak dah 25 tahun hari ini, dah dewasa untuk menempuh hidup ini. (jaga diri, jadi manusia berguna, kejayaan hidup )”.

Hari ini angka 3 didepan umur. Emm how’s life being 30…. Mungkin ini menunjukkan kedewasaan aku. Banyak perancangan, niat, azam dan impian yang aku dambakan. Namun aku tak tahu sama ada semuanya akan menjadi kenyataan atau tidak. Tetapi hari ini aku tak akan listkan disini, sbb tak cukup masa nak listkan.

Comments

ubisetela said…
at last you enable the comment box!!

takper, even if your parents are not around anymore, you have yr siblings and friends who love you! u're never alone pal!
adenium said…
tq.
" u'll never walk alone" - liverpool
cik sato said…
epi belated bestday sis..

sob..sob.. sedihla..
terlepas kek bestday.. ekekek.. :p
adenium said…
sato,
nak kek besday ker? nanti kita makan cake kat PD..

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan