Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam

Hi all.

jom sambung lagi kesah berkelana dibumi tuhan ini. 
25/2/17

Lepas balik dari sheffield, sampai Victoria coach station tu kitorang sempat lagi balik Shepherd Bush kejap nak ambik bag untuk trip ke Europe. Actually barang memang dah packing semua pon. Sampai rumah tu, host ajak dinner dulu. ada masak nasi ayam. fuhh memang rezeki kitorang yang memang lapar giller masa tuh. lepas makan terus lah ke Victoria Coach station semula.

Lepas check in dan dapatkan ticket bagai, kitorang gi beli kudapan kat treats. kot-kot lah kene lalu ikut tunnel kan. Haah... memang sah lalu ikut tunnel. Sebenarnya aku was hoping dapat naik feri. so sapat lah lepak2 minum kopi kejap kan. 

Sebelum masuk tunnel tu turun check passport dulu kat imigresen. boleh lah kalau nak minum2 kopi situ. tapi time macam limited sgt. sempat lah toilet stop dan meregang otot kan.

bas nak masuk dalam keretapi untuk lalu dalam tunnel
26/2/17
Owh ya dari LOndon ke Amsterdam nih kitorang ambik National Express jer, yang cost us dalam 45£ jer. dah last minutes memang Eurostar sangat menikam kalbu lah harganya. so again melepas lagi nak try eurostar. pagi tuh sampai awal jugak. dekat2 kol 6 dah sampai. tapi tengok jadual abs haritu lewat pulak. so dalam keadaan yang sejuk beku kitorang duduk melepak luar station train. *bas National Express stop kat 
Duivendrecht Rail Station, Stationsplein 3. Dan paling best, kitorang tak perasan yang National Express ada tempat tunggu /rehat yang selesa dekat2 situ jugak. hmmm takde rezeki.

owh ya, kat Amsterdam kitorang dapat menumpang di rumah kawan kepada kawan aku nih, di Madurastraats. the wife sedang buat PhD di sana. so rezeki disitu. sesat jugak lah kitorang nak carik rumahnya masa tu. bukan sesat, disoriented lah jugak kan. waze/google map ni kadang2 pening jugak. tapi jumpa lah jugak kan. cuaca sejuk pagi tu agak mencabar jugak lah. dengan angin nya sekali kan.

sampai rumah tumpangan kami tuh rasa macam nak tido jer sejuk2 gitu. tapi apakan daya kitorang ada sehari sahaja disini. hehehe. owh ya, pagi tuh kami dihidang nasi lemak dan kopi panas untuk sarapan. fuhh.... memang hilang lah rasa malu aku tuh. bole bertambah2 lah kan. betul makan sampai ke petang kenyang nya hahaha.

lepas sarapan dan bersiap kitorang keluar. owh ya lupa kitorang memang dah beli card yang valid untuk sehari tuh, dalam 7 euro kalau tak silap. dari situ kitorang ambik tram no 14 ke DAM Sq. atau ke Centraal Station.




Dari Centraal Station tuh kitorang nak gi ke Zaanse Schans. kalau nak senang pergi jer kat information booth tuh tanya atau ambik package. tapi kitorang ambik bas sendiri ajer. Boleh ambik bas no 391 dengan harga 5 Euro sehala. Ticket boleh beli dalam bas sahaja. perjalanan dalam 30 minit kot. dan turun di last stop. hahhh... senang jer kan. so, gi jer lah sendiri.

Cuaca memang sangat sejuk time tu. tambah pulak dengan ada angin kan. so seperti biasa lah, aktiviti bergambar. Memang cantik lah pemandangan disitu. dari dalam bas dah nampak rumah cantik2. Cantik dan unik rasa, depan rumah ada sampan nak bergerak ke kawasan sekitar.


Cheesessssss!!!!! hajat hati nak rembat jugak cheese nih. tapi memandangkan perjalanan masih jauh dan malas lah nak menambah beban so, lupa kan sahaja niat suci itu. tapi aku memang dok pulun lah makan cheese yang depan bagi cuba try test tu. hehehe. Selain tu, dah sejuk2 tuh, sempat jugak lah rileks2 sambil minum hot chocolate.








Lepas tuh, kitorang balik semula ke Centraal Station. then pergi ke I amterdam Letters tuh. locationnya dekat dengan Rijksmuseum. Fuhhh ramai giller umat manusia. so nak feeling2 posing sorang2 kat situ lupakan sahaja lah. so pandai2 lah nak buat macam mana kan.

Lepas tu pergi ke tempat wajib singgah. Apa lagi... HRC lah kan. I was here back in 2006. Tapi masatu summer. Lepas tuh merewang2 lag sekitar2 situ, carik souvenir etc. Then dah nak gelap baru lah dinner. memang power lah kenyang nasi lemak pagi tadik.

Dah malam nak kene tengok lah kawasan Lampu Merah kan (red light district) .. sajer la .. dah sampai harus lah kene jengah. nanti orang cakap..kita tatau pulak. dulu pergi waktu siang, so tak nampak lah red light nya. satu lagi kat Amsterdam nih (belanda lah kot kan) soft drug macam marijuana tu adalah legal.

Bila dah keletihan baru tau jalan pulang. kalau datang sekejapan gini memang lah kene pulun mana yang sempat dan manfaatkan masa yang ada.









Tandas adalah satu yang memang menakjubkan lah kalau travel ke negara-negara orang nih. mostly lah. kalau kat Malaysia nih aku cukup risau nak masuk toilet. kalau ada peluang tak perlu masuk memang tak payah lah kan. toilet kat Amsterdam 70cent sekali masuk

27/2/17
Hari ni dah kene meninggalkan amsterdam. Pagi tu, tuan rumah sediakan breakfast roti, croissant etc. Makan sejuk2 nih memang sedap sangat. tapi memang roti, pastry etc kalau kat sana aku tak boleh nak say no lah hahahaha.

Pagi tu lepas bersarapan kitorang keluar untuk meneruskan perjalanan ke Roermond. kat sini ada shopping outlet. so hajat hati memang nak habiskan masa kat sini je lah hari tu. So dari Madurastraat tu kitorang ambik bas no 65 untuk ke Zuid (Amstel Station). so dari situ kitorang ambik train ke Roermond dengan harga tiket lebih kurang 48Euro untuk 2 orang. dan perjalanan pulak lebih kurang 2 jam.

Dari station keretapi kene jalan dalam 30minit untuk ke Roermond Outlet tu. ada tanda arah. So follow ajer lah. seronok jugak, sambil jalan dapat tengok kawasan sekitar. kebetulan msa tu dorang ada 4 days festival sebelum datangnya easter. so dapat tengok dorang dengan macam2 jenis costume.

not bad jugak outlet kat sini. so sempat lah jugak beli sesikit. takleh nak beli memacam sbb baru mula europe tour nih. lagipon malas nak hangkut segala turun naik tren kan. dan sebenarnya jugak, memang shopping diluar skop jugak hehehe.

petang selesai kat Roermond outlet masa nak balik ke station keretapi tu hujan lebat ken main. lama jugak stranded kat situ. tapi lepas tu redah jugak lah hujan pon. dah lam cuaca sejuk kan. sampai station dok cari hot chocolate untuk panaskan badan sambil makan sandwich sebab dah kelaparan



 Malam tu kitorang akan teruskan ke destinasi seterusnya Heidelberg. Tapi memang kene turun naik train banyak kali lah jugak.

Roermond  - Venlo - Düsseldorf Hbf  - Mannheim Hbf  - Heidelberg Hbf . So ini kita cerita next entry lah pulak ye.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan