Sebuah Catatan: 'A Lonely Journey' - I

Hi semua.

Kalau tengok tajuk tu semacam jer kan. Ok, actually tetiba rasa macam nak berkongsi kesah suka duka sebuah perjuangan yang memakan masa 4 tahun. Berkongsi maknanya kalau ada yang masih singgah membaca, jika tidak pon sekadar kenangan untuk tatapan diri sendiri aje lah hehe. 

Yeah...finally, i decided to share kesah suka duka melalui sebuah perjuangan yang penuh dengan 'sweat, tears, and blood'. yes its blood. sebab during this journey i had undergone major operation.  

Akhirnya, pada tahun 2011, aku ada kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. terus apply biasiswa dan alhamdulillah dapat. sebelum-sebelum ini ramai jer kawan-kawan yang tanya, bila nak sambung buat Phd? hmmm, masa tu tertanya2 jugak, layak kan aku? Sebenarnya, Selepas viva master dulu, aku memang tekad taknak dah sambung. tak tahan kot kene tembak masa viva. tapi itu lah kan, tetiba selepas 10 tahun, aku berjaya juga menamatkan sesuatu yang memang aku nak buat, tetapi pernah patah hati untuk teruskan.

Kalau dulu-dulu tanya kenapa aku buat PhD, sebab utama adalah ayah memang nak aku jd doctor. tapi medical Dr. dan jugak, sebab aku rasa aku nak jugak ada title Dr tu. tapi bila dah separuh jalan, kalau tanya aku kenapa aku teruskan jugak walaupon rasa banyak kali nak give up. jawab aku pada diri sendiri, untuk tambah ilmu walaupon sedikit. bila dah abis nih. aku rasa, apa yang sangat berharga pada perjuangan ini adalah pengalaman menamatkan sebuah perjuangan ini. Seriously gelaran tuh is a bonus jer. Habis-habis pon, dekat pejabat orang panggil lah ko Dr itu ajer. tapi, yang beratnya adalah akibat dari title itu. owh mannnnnn. kalau silap jawab bagi pendapat pon kene tempelak lah kan. hmmmm.....

kalau dulu bila dengar orang yang memulakan 'lonely journey' itu, tetapi tidak tiba ke garisan penamat, mesti aku nak tanya, eh kenapa tak abis eh? bla bla.... tapi sekarang, kalau ada kawan2 seperjuangan atau saper yang telah memulah perjuangan ini tapi masuh belum tiba di garisan penamat, aku akan tertanya sendiri, apalah DUGAAN yang dilaluinya tu. seriously, hanya orang yang melaluinya sahaja yang tahu dan rasa.

Lagi satu, lately ramai pulak orang sanggup beli PhD tu semata-mata nak dapat Dr. Ok lawak disitu. Aku terpikir2 jugak, kenapa? MAcam yang aku cakap tadi lah, gelaran tu bonus sahaja. kalau kita sudah ilmu, kepakaran dan kepercayaan ramai. kenapa perlu memanipulasi keadaan hanya untuk dipanggil Dr? sedangkan orang yang buat Phd dan diDUGA dan terus DIDUGA pon tak nak melalui jalan pintas sahaja untuk kegarisan penamat. Sebab kami tahu apa yang SANGAT BERNILAI pada perjuangan ini.

Kalau tanya orang-orang yang memang bersusah payah jatuh bangun nak siapkan PhD ni, apa yang paling berharga? aku jamin, hampir semua akan cakap pengalaman pahit manis, jatuh bangun semua tuh yang banyak mengajar kita menjadi orang yang lebih baik (banyak jatuh dari bangunnya. banyak pahit dari yang manis jugak). disamping Ilmu yang sedikit bertambah itu. serious, sedikit sahaja yang kita dalami. jadi janganlah anggap kami tahu semua benda. itu yang kami rasa berharga, dan gelaran Dr itu hanya lah bonus. apa tidaknya, Dr tu hanya untuk urusan rasmi sahaja. dipejabat lah kot kan orang nak panggil Dr. takkan lah ahli keluarga nak panggil ko dr jugak. kawan lepak kedai kopi pon kan. so itu yang aku pelik kenapa perlu beli ? kenapa perlu manipulasi keadaan? tak perlu pon percayalah.

Tapi kan, bila aku renung balik, kalau kita kata kita sedang buat PhD, maka kawan2 atau orang sekeliling akan kata... owh bakal Dr ni... nanti dapat Dr lah nih.... tak lama lagi kene panggil Dr lah ni.... hmmm rupanya, memang itu lah yang orang sekeliling nampak bila kita ambil keputusan untuk bergelumang di dalaman perjuangan sepi ini. owh, patut lah orang sanggup memanipulasi keadaan demi untuk dikenali sebagai Dr. Okeh forget it, aku tak reti lah nak share pengalaman gitu sebab aku tak beli.


Jujur sahaja pada diri. pada masyarakat. ilmu dan pengalaman itu yang sangat berharga.

Sebenarnya, aku sendiri pon tatau macamana nak mula kongsikan pengalaman ini. macam sangat banyak yang nak cerita. banyak nak kongsi etc. Sebenarnya jugak, dah lama nak kongsi tapi macam tak berani. Alhamdulillah bila dah selesai semuanya, aku gagahkan jugak berkongsi pengalaman.

2011
aku terpanggil untuk memohon biasiswa untuk sambung belajar lagi. ntah lah, apa kekuatan yang mendorong pon aku tatau. selain menyempurnakan hajat ayah, mungkin juga ingin keluar dari zon selesa diri sendiri, sambil menambahkan sedikit pengetahuan dan pengalaman sambil memperlengkapkan diri untuk meneroka peluang lain .....mungkin. 

alhamdulillah. aku berjaya ditawarkan biasiswa. selepas kelas persediaan selama 6 minggu. aku pun tatau uni mana yang aku nak apply. ada jugak lah jumpa seorang prof di satu Uni ni. perbincangan demi perbincangan, beliau berminat untuk menjadi penyelia kajian. bila aku jumpa former supervisor(sv) pula, beliau mengajak aku sambung di universiti lama dan beliau bersetuju untuk menjadi sv. dilema juga. apapun tengok lah mana rezekiku.

2012
februari aku mendaftar di UKM. lewat seminggu sebab baru balik dari INDIA. hehe. basically research student memang takde kelas pon. sem 1 ni aku cuma ambik kelas research methodology ajer lah. untuk pengetahuan semua jugak, research topic aku nih memang totally new field lah. aku memang tak pernah tau langsung pasal nih sebelum nih. cuma sebab aku memang nak carik something different, so lepas discuss ngan sv, aku buat topic tuh. fuhhh, memang menempah maut sungguh.

kalau nak cerita satu persatu memang 44 hari 44 malam pon blom tentu habis. tapi aku memang selalu menjadi the choosen one to be unlucky. seriously! begitulah aku describe perjalanan aku dalam perjuangan ini. bila sebut unlucky tu macam tak reti nak bersyukur ajer aku nih kan. but how i defined unlucky? "mencapai sesuatu target dengan jalan yang penuh liku". walaupon jalan nya memang berliku, tapi liku-liku yang lebih berliku. hahaha, apa2 lah kan.

masa buat phd ni, banyak jugak hidup aku berubah. contohnya, aku macam dah tak duduk di time zone yang sama dengan orang-orang sekeliling. dorang bangun aku tido. dorang tido aku tido. dorang tido aku tak tido. macam-macam lah. 

ok, let me share, ujian besar yang pertama adalah proposal defense. untuk fakulti aku, proposal defense ni panel dari luar. so aku terpilih untuk re-defense my proposal. biasalah literature tak lengkap etc kan. biasanya kes macam ni  betulkan penulisan ajer. tapi aku kene re-defense, walaupon objective, methodology etc tetap sama. hmmm terima ajer lah kan. rezeki aku hehe

tahun pertama ni memang sangat berat aku rasa sebab nak paham apa bende yang nak buat dah satu hal, tu belom campur nak carik gap lagi kan. takper lah kalau dah memang itu yang kita nak buat. berdoa jer lah semoga dipermudahkan.

jangan tatau, time ni kalau tersilap masuk simpang jalan tersesat jalan masa driving tu biasa. kadang2 time tu jugaklah nak pikir itu ini. kekadang idea datang. paling best, lorong rumah sendirik pon boleh silap. padahal dah 10 tahun duduk situ. hmmmm...

ehhh... oklah,  sampai sini dulu ye... nanti kita sambung lagi.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan