Catatan perjalanan : Trip ke Victoria (Melbourne) - I
Hallu…
Dah lama kan tak cerita jalan-jalan. Bila kerja dah siap
boleh lah jalan-jalan. Actually… memang ada few places yang berangan nak gi.
Tapi lepas kira itu ini, so decided nak gi Melbourne. actually sangat last
minutes jugak nih. Sebab tak berani lah nak beli tiket awal2 kan. Siap kerja,
submit kerja pagi tuh, tengahari terus carik tiket dan confirmkan, then beli.
Kira sebulan sebelum travel. Eh, tak sampai pon.
Sebelum citer jalan-jalan jom citer persediaan sket lah. Aku
gi ni berdua ngan kawan. Long lost friend gitu. Bila dah last minute sah lah
tiket kapal terbang pon mana yang ada jer lah. Which is mahal last kalau nak
compare ngan orang yang beli time tak mahal. Bila dah 2 orang senang lah citer
sket. Aku buat itinerary, dapatkan info sana sini, then hal buat booking dan
beli nih kawan aku buat. kitorang dok lepak kedai kopi buat homework lah kan.
Ok jom aku nak share apa yang korang perlu buat sebelum
travel ke Melbourne.
A. beli tiket lah kan. Kalau long haul ni aku preferred
full-service airlines. So sebelum beli check kat www.cheapflight.com.my dan
kitorang booking Emirate.
B. apply visa. Senang jer, boleh buat online semua nih.
Ingat masa nak travel ke india dulu, sia kene gi kedutaan dorang nun. Boleh
apply visa kat sini https://www.migrationexpert.com.au/travel_visa/e_visitor_visa/ dan https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas?tub=&submit=apply
korang check lah mana
murah, so ambik yang murah jer kitorang. AUD20 jer seorang.
c. booking
penginapan. Aku tak pernah try lagi dok hostel. Dok terpikir2 ok kot dok hostel
ni. Dapat travel buddy yang ok nih best jugak, semua pon bleh try hehe. So aku
tengok lah mana2 hotel atau hostel yang murah2. Dah tak sampai sebulan,
kebetulan plak masa gi sana tu cuti Easter.
So memang bayak dah fully booked atau diluar bajet lah kan. Skali ada
sau hostel nih aku tgk yang 2 person per room masih ada, tgk review macam ok ok
jer lah. Lepas timbang kati terus aku booking jer.
D. tukar
duit. Ikut lah banyak mana duit yang ada yang nak ditukar kan hehehe. Lepas
travel kat UK haritu, aku rasa senang guna credit card atau debit card jer. So,
tukar jugak lah duit sket. Untuk mana-mana yng perlu nanti.
E. hmmm dan
lain-lain lagik.
Day 1
Kitorang
naik penerbangan Emirates, EK408, jam 3.30 petang dari KLIA. Penerbangan dalam
8 jam. Cuaca tak best sgt gak masa tu
few time gak turbulence. Alhamdulillah selamat mendarat kat Tullamarine
Airport, awal pagi dalam 2.30am. Beza masa tu 3 jam dari Malaysia. So nak
menunggu pagi tu melepak lah kitorang kat airport tu. Bila dah pagi sket,
kitorang ambik skybus ke city. Tiket sky bus nih dalam AUD 18 sehala kalua tak
silap. Tiket nih pon kitorang dah siap-siap beli dari sini. Kalau naik Skybus nih, nanti ada hotel
transfer. Boleh cek lah sesiap dorang hantar
tak ke tempat korang menginap. Kalau
dapat area berdekatan pon kira ok dah kan. Nanti booking terus lah untuk
perjalanan balik, so dorang bleh fetch korang kat tempat dorang drop tuh.
Perjalanan
dari airport ke city dalam setengah jam. Basa akan stop kat Southern Cross
Station, so kat situ lah nnt akan tukar naik hotel transfer. Suhu pagi tu dalam
10 darjah. Ok lah, baru-baru sampai memang rasa sejuk jugak lah kan. Bus yang
hantar ke hotel tuh stop kan kitorang lbh kurang 300 meter jer dari hostel
kitorang. Kitorang stay kat Elizabeth Hostel
kat Elizabeth St. Orait jugak hostel ni, dapat dok tingkat 3, huhhh jenuh lah
panjat tangga, tapi agak privacy lah kat atas tuh. Masa baca review, ada cakap
bersih, ada cakap kotor. Dah nama hostel nih, ikut nasib lah kot kan. Rezeki
kitorang baik, toilet dan bathroom bersih jer. Memang tiap pagi ada
dibersihkan. Ada kitchen kat tingat dua,
tapi kitorang tak guna pon lah, just gi situ untuk ambik air panas jer lah. Kalua nak buat laundry pon ada disediakan
washing machine dan dryer. Lupa dah aku berapa dorang charge. Basically hostel
nih not bad lah, dan yang paling best, lokasi memang strategic giller kot.
Kalua dengan Queen Victoria Market tuh memang boleh Nampak lah bila korang
keluar hostel tuh. Ke Melbourne Centarl Station pon dalam 300 meter jer. Kalua
nak ke Flinders St tuh dalam 1km. Apa
ada hal kalua ravel takat jalan kaki 1km kan. Hahaha. Tapi kan, mamat kat
kaunter hostel nih kan, macam tak friendly sgt lah. Strict jer hahaha. Dan free
wifi adalah 30minit sahaja untuk 24 jam.
Memandangkan
masa sampai situ pon awal sgt lagik, so kitorang simpan beg jer dulu, dan terus
jalan-jalan. Jalan kaki ke Flinders St. Then naik tram tengok2 city. Owh ya,
kat Melbourne city ni ada free tram, no 35. So korang bleh lah guna tram tuh
kalau nak gi mana2 yang berkaitan. Nanti boleh tengok lah sign ‘free tram
zone’.
Lepas pusing
keliling tuh, kitorang stop somewhere dekat dengan Fitzroy Garden. Saja lah
jalan2 kat taman-taman dorang nih. Kat situ ada Captain’s Cook Cottage.
Kitorang ambik gambar dan lepak minum kopi jer lah kat situ. Then terus jalan-jalan
ke old treasury building, cathedral, etc. Dah penat terus balik check in hostel
dan rehat kejap, sebelum keluar semula kan. Lepas lunch tu kitorang pergi
mengukur jalan semula. Menapak ke Finders St, untuk ke Federation Sq untuk
melepak dan dapat wifi free. Kebetulan jugak ada live band petang tu, so apa
lagi, kitorang pon join the crowd lah jugak. Gi Melbourne kali ni aku tak beli
pon local sim card. Guna data roaming pon 2 hari jer, masa kitorang travel
keluar dari City. Sebab senang kot nak dapatkan wifi free. Selain dari tempat2
tertentu yang memang ada wifi free macam Federation Sq dan Stesen Ketapi, kalau
masa jalan2 tuh, korang scan jer lah mana2 kawasan yang ada wifi free, macam
bank etc. ha… lupa nak bgtau, Sky bus pun ada wifi free. So kalau Nampak Skybus
lalu.. pon boleh download messages…. Hahaha. Lepas tuh, sebelum balik ke
hostel, meronda2 lah mana2 yang sempat. Tiap kali sampai hostel terasa torture
sangat nak panjat ke tingkat tiga tu hehehe. Balik hostel memang untuk tido
jer. So takde masalah lah nak stay kat hostel.
sepanjang kat sana memang sentiasa jer stockkan kopi botol nih untu pepagi. kalau beli kat 7-11 mahal sket lah. kalau beli kat coles tak sampai 3AUD pon. giler semua variance nak cuba. siang hari kita minum kopi kat kedai lah kan. heheh
ok nnt kit sambung episod lain plak erk ... tungguuu
Comments