Catatan Perjalanan : Melaka Bandaraya Bersejarah.

Salam Blog...
Seriously tataulah ada pembaca tak dah skang hahaha.
takper nak jugak simpan kenangan nih. 
takkan kalau gi jenjalan luar negara jer citer kan, gi melaka pon kene cerita. actually nih cerita awal bulan may. hmm... kan ada cuti long weekend tuh. actually bulan mei nih dah 2 kali aku gi melaka. satu tu atas urusan kerja. 

asal usul terjadi nya nak gi melaka sebab dapat jemputan kawin, so pikir2 gi jer lah. kawan aku memang siap ajak tido rumah dia, hmmm... dah alang2 cuti panjang jom lah angkut satu batilion kan. since adik aku pon setuju nak ikut. 

last minute jugak kot plan nya ni. niat asal nak try tido kat bustel tu. sekali dah fully booked!. pikir lagik, since bawak haziq, cariklah hotel yang ada swimming pool, dan dalam town. ended up with Ramada Plaza. memang betul2 dalam town lah. 

bertolak dari Kl awal dalam kol 8 macam tuh. singgah breakfast kat hentian serdang. aku breakfast makan pulut. huhh heaven. sah lah kene singgah bila gi sekolah hehehe. sampai melaka dalam kol 10 lbh. memang dah plan nak terus ronda town. sebab esok ingat lepas kenduri nak terus balik jer. 





fuhhh sesak jugak dah kat town. terus parking kat mahkota parade. then bertebaranlah kitorang kat bumi melaka tuh. panjat A famosa, gi meleawat muzium etc. jenuh jugak lah sebab merata ramai orang je. dah tghari, kene isi perut dulu. dah kol 1 lebih pon sebenarnya. sebab ada baca review, makan kat ASAM PEDAS SELERA KAMPONG pon ok. so gi situ jer lah, sebab sesak gitu malas dah nak travel jejauh.

fuhhh.... tunggu meja pon sekian hal, punyalah ramai orang. ada gambar lauk, tapi sebab kelaparan, kualiti gambar tak memuaskan. hahaha. hmmm dah makan sekeluarga, memang penuh lah meja lauknya. masak lemak udang galah, masak lemak ketam, asam pedas pari, asam pedas tenggiri, ayam goreng dan ntah ha[er2 lagik. punya best, bila rasa sedap, nak tambah nasik, skali nasi habis. malas dah nak tunggu. huhh rasa nak hirup jer kuah2 tuh hahaha.

selesai makan terus nak check in hotel. kalau jalan kaki pon tak sampai kot 20 minit, tapi nak keluar dari parking mahkota parade tuh lebih setengah jam. hmmm hilang mood. 

sampai hotel settle check in terus lapar balik. rehat dalam bilik jer. hajat hati memang aku nak keluar carik keria gula melaka ngan coconut shake. tapi lupakan jer lah niat murni tuh. sebab tgk dari bili hotel tuh, traffic tak putus2. stand still plak tuh. kang tercemar jer niat murni dengan sumpah seranah. 

adik bongsu aku ngan haziq dah terjun pool. memang takleh lengahlah haziq, kalau ada pool. sejuk2 tuh memang lapar lah. pikir plak jap lagik bebudak naik dari pool sure lapar. tgk room service tak banyak pilihan jer. ada mi goreng cenggitu jer. tapi ada hi tea set, ada scones, dan seantaranya. hmmm tuh aku jer yang suka. 

hahaha, seb baik ada kedai ala2 7-11 kat tepi jalan tuh. so stok air, roti tuna bagai. padahal untk makan petang tuh jer. 



malam ingat nak naik menara taming sari. tapi naik cruise dulu. fuhhh pon kene beratur panjang nak naik cruise. naik cruise malam2 cantik lah. kalau tak silap, weekend dan cuti umum mahal sket. rm15.90 untuk dewasa yang ada mykad dan rm10.90 for kids. tapi nnt dorang bagik lah jajan. macam bahulu ke biskut ntah. 

lepas cruising, lepak dinner then terus balik hotel. tak sanggup nak gi town yang sepelaung pon tak sampai tuh. 

so kene ubah plan esoknya. breakfst kat Ramada Plaza nih best gak. sebab ada indian selection. so mengangkut vadae tak sudah2 lah aku jawabnya. lepas breakfast, haziq terjun pool. aku bermalas-malasan jer lah kat bilik. 

dalam kol 11 semua siap untuk check in, sebab nak teruskan misi naik menara taming sari. sejam lebih dari hotel ke town yang 1.5km tuh. kat taming sari plak, fuhhhhh panjang jugak barisan. sementara dorang beratur, aku gi Hard Rock Melaka jap. Actually aku dah datang dulu, dah ada tshirt dan shot glass semua tuh. tapi aritu takde fridge magnet, dan pulak, adik aku tetiba datang hobi nak collect t-shirt hard rock untuk anak dia. so sekali jalan. 

sampai kat menara taming sari, adik aku dah kedepan, so tak jadik lah aku naik. dorang pon sempat naik tuh jer. then terus gi kenduri. hmmm kol 3 lebih sampai umah kenduri. memang elok2 lah makan time lapar hahaha. tetiba ada jugak member yang datang lambat. rezeki jumpa kawan yang sama2 duk kl, tapi jumpa nya kat melaka. bizi lah sangat kan.




lepas makan terus balik, sebab sana sini pon jem. sampai seremban terus decide ikut lekas. sebab tgk kat waze hi-way nak ke sungai besi jem sangat. 
fuhhhh, rupanya ini lah penyebab jem tuh. adoiii memang silap timing lah kan. tapi takper, at least dapat lah habis kan masa dengan keluarga sambil rehat2 kononnya.

hmmm itu jer lah catatan pengalaman. agak tidak berinfomasikan. hmmmm i m sorry :(. dari takde baik ada. hahahaha

jumpa lagik :)

Comments

Фимпус said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan