Catatan Perjalanan : Trip to Bali - Makan

Hello Bali!
Apalah hidup tanpa makanan yang best2. hehehe. makan itu indah. hmmm dengan sepanjang tahun mengelat dari exercise. badan pon dah macam dipam-pam kan. memang kalau berjalan biasanya akan habis duit kat makan jer. sampai sampai Bali dan sebelum meninggalkan Bali au singgah sini makan. Nama restoren nih MALIOBORO. kalau senang sebut jer "ayam tulang lunak" sure orang akan tau lah.
untuk dua kali makan, memang ada bende yang di order 2 kali hehe. tapi kat bali nih, kangkung memenag femes kot. sedap plak tuh. alamak, lupa, apa ntah diorang panggil kangkong. Lupa lagik!
ayam tulang lunak telur masin dan cili. best giller! telor masin tuh memang best sgt lah. cili tuh bagi aku yang tak makan pedas nih memang pedas. tapi ayam rangup best cili dia tuh.

kangkung cili dan aku lupa apa ke nama dish kat bawah tuh. tapi antara yang memang ramai orang order lah. telur based dan sos kacang. fuhh memang sedap!.

tempe mana boleh lupa. hehehe

yang nih ikan, ikan tongkol kalau tak silap. di salut dengan telur yang rangup, so boleh makan terus habis gitu. sebab tulang ikan nih pon memang boleh makan. ala2 ikan sardin tuh lah kan.

sambal bilis pon nak terai. sambal bilis petai pon ada. tapi aku tak makan petai, so ambik bilis yang biasa jer lah. tapi seriously memang food kat sini tak mengecewakan aku lah.
juice kalau kat indon aku memang ska lah. memang pekat best etc ah. tak gengat2 order air pon tak cukup satu hehehe. tuh kat bawah tuh soda gembira. sangat lah gumbira lepas minum soda tuh :P
order macam macam sebab banyak bende nak try. tapi tak habis. sendat perut. takper rezeki pak supir lah jugak kan. seriously memang puas hati. siap plan, kalau datang lagik, memang lps landing terus nak makan sini hehehe
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nih kat warong taufan kot. saja lah makan sambil lepak2. merehat kan pikiran. pemandangan sawah yang sangat cantik kat sini. so memang sesuai lah makan2 sambil rehat.

again tatau nak order apa. senang ambik set, semua pon boleh rasa.hehehe. aku memang suka pecal/gado2, so, haruslah ambik set yang ada mende tu kan. heheh
kat bawah tuh ada set sambal yang disediakan. menarik kan. dah tuh presentable plak tuh. suka lah makan cenggini :)

kan dah kata, juice tak cukup satu. strawberry atau mango memang wajib hehehe. murah nya kat sini.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nih agenda makan malam hari kedua. lupa dah nama kedai apa, dan paling best tatau mana pergi gambar makanan aku banyak2 hahahaha :P
ada gambar sesayur jer dari kedai nih. huhhhhh...rugi sungguh.

kangkong wajib ada hehehe
pecal/gado2 pon wajib ada. hehehe. yang atas tuh set pecal/gado2 tuh lah, sayur2 yang di wrap dalam kobis. menarik kan. kuah kacang sgt sedap.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ni acara makan makan malam tepi pantai. sama lah jugak ambik set jer. senang. siap ada shark's fin soup , KANGKUNG, ikan udang mussel bagai. kata nak makan siput kan. sesuai lah seafood kalau bakar2 cenggini kan.

sambal kat sebelah kangkung tuh sangat best! tak pedas sgt lah. so memang sesuai untuk orang2 macam aku hehehe
dalam set tuh takde lobster. walaupon lobster bagi aku agak mahal. tapi sesekali apa salahnya kan. hehehe. layan jer lah. lobster yang mahal bagik aku tuh terasa lebih mahal bila aku pon tatau camner nak makan lobster tuh hehe. dah nama pon aku bukan peminat makanan bercengkerang kecuali kerang kan. hehehe.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
mana2 pergi kat indon nih, harus aku tak tinggal beli kopi kotak nih. buat bfast minum malam etc. murah.

antara set breakfast pilihan aku kat Coco hotel, poached eggs, sauteed mushroom etc.
kekadang order fresh toast.

nih  antara kueh mueh kat conference tuh. makanan pon best. dari Pan Pac kot kan hehe

nekalan kopi untuk minum malam2. sambil layan tv kat hotel
kopi kotak lagik...

okeh tuh jer lah yang sempat untuk entry kali nih. insya Allah, ada rezeki boleh berjalan lagik. kalau berjalan boleh lah buat entri catatan perjalanan lagik... :)

Comments

attyfir said…
lapar terus kty tgk semua gmbr dlm entry nie
selamat hariraya sid,
maaf zahir batin

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Temuduga: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

peribahasa : tiada beban batu digalas