Hampir Sebulan

Januari dah nak abis. Sekejapan jer rasa. Tapi permulaan tahun 2014 ni terasa macam sangat kucar-kacir lah. Tak terurus pon ye. Macam sgt benda nak kene buat. Terutama pasal study nih lah kan.

Skang masa tidor pon kucar kacir tau. Tapi ok lah. Still boleh tido. Maksud aku boleh allocate time untuk tido haha. Dpt 4 jam sehari dah cukup ok lah kan. Kekadang kalau dah beberapa hari tidor2 ayam, sekali keletihan sgt, balik rumah terus tertido. Adoiii nak nangis rasa. Mau taknya, tak berusik lah kerja kan. Hahaha.

Kalau bleh cuti pajang CNY pon nak melepak kat national library. Tapi dorang pon nak cuti. So library tutup heheehe. Seronok gak gi library hari ahad. Tak pernah terpikir tau nak melepak library weekend. Hah, itu lah seronoknya cuti belajar. Kan korang selalu cakap, 'seronoklah cuti belajar'. Jom lah cuti gak. Dulu masa cuti belajar sebelum nih, sempat gak buat keje lain. Tapi kali nih. Belajar pon tak cukup masa. Nangisssss. So sesapa yg nak cuti belajar tuh, betulkan niat. Mmg cuti untuk menumpukan perhatian pada apa tujuan asal. Bukan sebb nak lari dr masalah pejabat. Sajer malas nak keje. Nak buat business part time. Nak jaga anak. Dan apa2 lagi lah. Kalau nak buat yang lain tu, bercuti tanpa gaji. Hehehehe. Ye lah, kita cuti gaji dibayar. Sok2 susah nak jawab kat sana.

Huhhh apa punya citer nih. Hehe. Ehhh aku ada gak buat keje lain. Tapi related ngan apa yg aku belajar lah. Kekadang sajer buat keje menambah ilmu. Bila sebut keje tak semestinya imbuhan tu berbentuk duit. Ilmu itu pon rezeki.

Tapi tuh lah. Kalau time kelam kabut camnih. Nak gi tgk wayang pon tak sempat. Dah listkan nak tgk macam2 citer, tup tup dah abis pon citer2 tuh. Heheh. Sbb tuh bila time rileks sket, mula lah buat macam2 aktiviti. Gi jenjalan etc lah kan.

Cara paling best untuk de-stress adalah bersukan dan baking. Baking lah sgt. Simple baking seronok gak tau. Tak pon tido. Tapi tu lah, ada gak time dtg malasnya. Time tuh, mmg tak buat keje lah. Actually bukan malas, tapi takde mood, ilham takde etc lah kan. Tapi lps tuh sendiri mau ingat lah. Kata rakan2 seperjuangan, selagi tak graduate macam ni lah kehidupan. Ada turun naiknya. Banyak turun dari naik kot.

Ok lah, dah banyak bebel. Nak sambung perjalanan ke sekolah. Biasalah, stop minum kopi jap tepi jalan.

Ceriakan hidup :).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London