Merah-merah delima

Kenal buah delima? Hahaha soklan tak agak2 plak kan. Lately aku selalu jer ada stok delima. Sebb ada supplier. Hmmm supplier lah konon kan.

Buah delima nih kat pasar malam kan murah, 3 biji rm5. Tapi kalau setakat nk gi pasar malam semata2 nak beli delima 5 10 ringgit. Adalah tidak rajin. Aku kan tak suka nak gi tempat crowded tanpa tujuan. *tujuan unt beli delima tak cukup kuat hehe* . Tapi skang ada kawan yang suka gi pasar malam, so senang lah, kirim jer. Abis stok delima order jer. Hehe.

Al kesah, selama nih aku selalu lah tertanya-tanya, kenapa panggil merah delima. Sebab selama nih, buah delima yg aku makan warna putih ala2 merah gitu je. Ni baru dpt jumpa delima yang merah. Memula tuh sgt excited gak lah, sbb baru tau kenapa org panggil merah delima, sbb warna merahnya yang cantik. *owhh merah memang sentiasa cantik* hehe

Sejak simpan jer stok delima nih, ada lah 2 3 kali dah jumpa delima yang kaler merah cantik nih. Basically rasa yang putih tu pon manis cam lebih kurang gak ngan yang merah cantik.

Banyak aku dengar khasiat delima nih. So sebab tuh lah skang lagik suka simpan stok delima, tambah plak senang nak dapat.

So cenggitu lah sajer citer delima dan aku. Aku dan delima.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London