Catatan Perjalanan : KUL-CGK-BDO-CGK-KUL - the hotel

jom sambung citer bandung-jakarta lagi.
okey kali nih aku nak erita khas pasal hotel sahaja. kalau sesapa yang mempunyai bajet hotel yang sama dengan aku boleh lah buat rujukan kalau nak pergi. aku nih, takde lah duduk hotel yang berbintang lima. tapi taknak lah jugak hotel yang tak selesai. kalau dibawah satu juta rupiah semalam tuh okey lah kan.

Hotel Abadi Asri. (BANDUNG)
hotel nih terletak di Jalan Dr Setiabudi. kenapa aku pilih hotel nih, sebab dekat dengan universiti. dan tak jauh jugak dari rumah mode dan beberapa outlet di setiabudi.
agak jauh sikit dari dago, simpang riau cihampelas, pasar baru dan sebagainya. tapi kalau takde booking pengangkutan, angkutan memang senang dapat jer.
hotel nih, lebih kurang RM125 satu malam. kebersihan ok.
sarapan walaupon kita boleh pilih satu menu sahaja (nih standard kat hotel-hotel kat sini) tapi makanan agak memuaskan.
Hotel Isola (Isola Resort) (BANDUNG)
Hotel nih terletak di dalam kawasan Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung.
harga bilik. dalam 700 ribu rupiah semalam (alamak lupa,sebab kitorang hadir seminar, dapat diskaun almost separuh dari harga tuh)
keadaan bilik cantik dan best.
tapi kalau nak keluar dari universiti ke jalan besar agak jauh. tapi boleh guna khidmat teksi.
breakfast ala kadar sahaja.
menurut sumber memang orang malaysia suka menginap disini.

Hotel CAMARA (JAKARTA)
kalau korang gi jakarta dan bajet hotel dalam 700 ribu rupiah semalam, aku memang cadangkan hotel nih. bilik memang best. dah tuh siap ada complementary massage untuk 10 minit. serious best service nya.
dalam keadaan aku yang mengalami kecederaan kaki masa kat sana pon aku boleh jer jalan kaki ke EX mall, Hard Rock Cafe Jakarta, Plaza Indonesia, Grand Indonesia, Sarinah, Tanah Abang etc.
memang lah kalau 5-10 km pon lingkungan walking distance aku. tapi nih takde lah sampai gitu. dalam lingkungan satu 2 KM sahaja. biasalah kan kalau jalan kaki cenggitu masa travel.
so, kalau dok hotel nih memang senang nak makan. 7-11 memang empat lima tapak jer dari hotel. ini memang penting. apa taknya, kalau travel, nak carik topup local telefon card lah, nak makan minum tengah malam ke semua bleh dapat kat 7-11 kn.
aku memang sgt suk lah hotel nih.
 
dah 2 3 kali ke sana, ada jugak hotel lagin yang aku nak suggest kat korang.

Hotel ASTON TROPICANA (BANDUNG)
hotel nih agak mewah. ada swimming pool. kat jalan CIHAMPELAS. memang agak bizi jalan nih, tapi nak makan memang senang, sebab ada shooping mall depan hotel nih jer.
makanan kat sini aku tak pasti. sebab aku stay sini masa pergi bandung bulan puasa. sahur jangan harap lah aku nak bangun kan. seb baik bulan puasa, swimming pool depan bilik jer.
harga bilik dalam sejuta rupiah semalam.

Hotel Royal Merdeka (BANDUNG)
hotel nih pon dalam RM150 semalam. hotel bersih. masa booking hotel nih melalui agen aku kat bandung. dia memang aakan pergi check sendiri condition hotel. so kalau booking ngn dia, memang puas hati lah.
sarapan biasa jer. tak banyak pilihan. setakat alas perut lepas lah.

Hotel Alia Cikini (JAKARTA)
hotel nih aku pernah duduk sebab gamble carik hotel kat jakarta. not bad hotel nih. harga pon dalam RM 150 jer pon semalam. hotel bersih. makanan best.
breakfast buffet banyak pilihan. dan paling best, tiap malam lepas penat meronda di siang hari, dinner memang order dari hotel jer tiap malam. tak keluar, sebab kebetulan tiap malam hujan plak kan. tapi seriously makanan nya best.
aku takde idea lah hotel nih kat celah mana. tapi dari hotel nih memng senang nak dapat teksi. tak jauh sgt pon dari tanah abang. tambang teksi meter pon tak lebih 30 ribu rupiah pon.

Hotel Fave (JAKARTA/BANDUNG)
nih hotel baru. kalau tak silap satu management dengan Aston Tropicana. so memang best lah kan. aku tak pernah duduk hotel nih. hari tuh nak try, tapi dah penuh plak. harga dalam 700ribu rupiah sahaja semalam.
kalau kat jakarta, keluar jer hotel bleh nampak tanah abang. hah menarik tak? so dah tentu lah dekat jugak dengan beberapa kawasan menarik yang lain.
kalau kat bandung plak, hotel nih sebelah dengan hotel ASTON TROPICANA. dengan kata lain kat cihampelas lah  kan.

mungkin banyak lagik hotel yang within bajet kita dan best. tapi sebab baru 2 3 kali kesana ini jer lah hotel yang aku bleh cadangkan kat korang.

kalau ada bajet lebih,bleh jer duduk kat mandarin oriental ke, hyatt ke dan seangkatan dengan nya kan.hehe. bajet ai tak cukup plak kat situ :P

so, mungkin nih bleh membantau pencarian korang yang sedang mencarik.

Comments

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London