Adam dan Hawa

Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni, aku suka baca novel-novel melayu, terutama tulisan Aisya Sofea. Mungkin untuk cuba mengisi kekosongan yang aku rasai kebelakangan ini. Mungkin juga untuk mendalami liku-liku suka duka kehidupan manusia. Walaupun cerita tersebut kebanyakkannya mematuhi hukum alam dan kehidupan, namun kesudahan cerita adalah atas daya imaginasi dan kreatif penulis. Tetapi liku-liku kehidupan kita adalah ketentuan ilahi. Tak seindah yang digambarkan dalam cerita. Selalu sahaja dipenuhi duri dan ranjau. Selalu sahaja ada halangan. Apa pun, terima kasih Kak Rin kerana meminjamkan buku-buku cerita tersebut.

Hawa mengenali Adam semasa dirinya baru memasuki alam dewasa dan mengenali erti hidup. Hawa mengenali Adam semasa Adam sedang ingin menikmati kehidupan dan kebebasan ketahap maksimum mengikut caranya sendiri. Hawa belum begitu matang dalam menempuhi duri dan ranjau kehidupan bagi aku. Lantaran atas kesilapan begitu sanggup membiarkan Adam menunggu sebegitu lama. Istimewanya sangat ke Hawa sehingga Adam sanggup bersabar dan menunggu. Memang susah untuk dipraktik di alam nyata ini. Kalau sifat perempuan itu sesabar Adam, mungkin ada. Ntah lah. Aku sendiri tak pasti, kenapa Hawa bertindak sedemikian. Tetapi aku seronok membaca novel tersebut. Pertemuan di mereka semasa umrah begitu menarik hatiku. Tiba-tiba timbul niat yang tak pernah aku terfikir sebelum ini, iaitu menziarahi makam rasul dan tanah suci. (Insya Allah akan aku usahakan untuk itu).

Wujudkah lelaki seperti Adam yang digambarkan penulis? Jika tidak dikecewakan, mungkinkah Hawa kembali pada Adam? Aku hampir terlupa Adam dan Hawa adalah watak yang dihidupkan oleh daya imaginasi Aisya Sofea. Walaupun macam-macam persoalan yang aku timbulkan selepas membaca, tapi aku rasa, aku mula tertarik dengan tulisan Aisya Sofea.

* perjalanan hidup ini kalau dapat ditentukan, alangkah bahagianya. tetapi yang pasti, perjalanan hidup ini banyak peperangan nafsu *

Comments

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London